Isnin, Julai 05, 2010

Felda Jadei Sasaran Kerana Ia Kekuatan BN: Mukhriz . Sah la BN akan pertahankan Felda..

Felda Jadei Sasaran Kerana Ia Kekuatan BN: Mukhriz 
 
KUALA LUMPUR: Kejayaan Felda meningkatkan sosio ekonomi Bumiputera telah menjadi satu kekuatan kepada Barisan Nasional (BN) dan perkembangan itu merupakan sebab kenapa ia menjadi sasaran akhbar lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, laporan bertajuk "Felda Bankrap" itu bermotifkan politik dan ia benar-benar tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

"Felda merupakan antara institusi yang begitu berjaya dan mempunyai dana tunai yang begitu besar, sehingga ia mampu melabur dalam projek yang besar-besar dan terus memberi faedah kepada warga Felda yang semakin besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Adventure Kayak Race (AKAR) Jerlun di sini hari ini.
-----------------------
respon : Suara Keadilan ditekan... Majalah 'mangga' di pasaran.. jelas merosakkan akhlak remaja.. adil kah begitu?

Tiada ulasan: