Khamis, Julai 08, 2010

Bimbang kaki judi jual anak - Micheal Chong. Kerajaan tak rasa bersalah?

Bimbang kaki judi jual anak - Micheal Chong


Micheal Chong bersama Kristina menunjukkan gambar anak dan suaminya di Wisma MCA, semalam.


KUALA LUMPUR 7 Julai - Seorang pemandu lori yang melarikan salah seorang anak perempuannya berusia tiga tahun sejak 26 Jun lalu daripada isterinya dibimbangi berbuat demikian untuk menjual kanak-kanak tersebut.

Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, lelaki itu yang dihimpit beban kewangan kerana berjudi, pernah menyatakan hasrat tersebut kepada isterinya, Kristina, 34, seorang warganegara Indonesia.

Beliau berkata, andaian itu diperkuatkan lagi apabila Soo Kian Keong, 35, melarikan anaknya, Nicole Soo Siew Qing, bersama-sama sijil kelahiran dan pasport kanak-kanak tersebut.
----------------------------
yusz : Allah dah haramkan judi, sahih ada sebab.. Allah tahu kesannya.. sekarang, bila manusia melawan arahannya.. maka lihatlah derita dek melawan arus perintah Azza Wa Jalla..

Tiada ulasan: