Selasa, Julai 13, 2010

Bekas imam masjid negeri meninggal dunia, Ust Nahar Matamin(Sabah)-lulusan Jordan

 
gambar arwah bawah (http://abunuha.wordpress.com)

Catatan versi Abu Nuha
Lemah rashttp://abunuha.wordpress.com/anya tangan hendak menulis, longlai rasa badan mengenangkan sahabat yang dikasihi Ustaz Haji Nahar Haji Mantamin meninggalkan kita pagi tadi.

Azim Fitri   
KOTA KINABALU, 12 Julai: Bekas Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ustaz Nahar Matamin telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi ini di Hospital Queen Elizabeth 2.

Almarhum yang baru pulang dari kursus kejurulatihan pilihan raya PAS di Kundasang mengadu sakit gastrik dan telah ditahan di Hospital Likas.

Almarhum keluar hospital kira-kira jam 9 pagi dan sempat berbual dan makan bersama ahli keluarga termasuklah ibu almarhum.

Kira-kira jam 9.45 almarhum rebah dan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 dan kemudian disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Pemergian almarhum amat terasa sekali kerana ketokohan dan keilmuan beliau di samping sangat dihormati oleh umat Islam di negeri ini.

Semasa menjadi Imam Masjid Negeri, beliau telah melakukan beberapa perubahan untuk menghidupkan lagi masjid negeri sebagai pusat kecemerlangan ummah.
Semasa hayat Ustaz Nahar sering diundang oleh Radio TV Malaysia (RTM) bagi mengisi slot agama.

Almarhum yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak pernah memikul amanah sebagai Pengerusi Gabungan Pelajar Islam Sabah (GAPIS), Penasihat Persatuan Anak Sabah Jordan, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, Naib Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sabah, AJK Persatuan Ulama Urusetia Sabah dan yang terakhir sebagai Yang Dipertua Penaja PAS Kawasan Sepanggar.

Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Unit Pengurusan Masjid.

Di antara yang hadir menziarahi almarhum ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Ismail Awang Besar, bekas Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Matusin Awang Damit, bekas Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Mokhtar Rapok, Adun Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail, Pengerusi Persatuan Ulamak Sabah, Ustaz Muchklis Ali Kassim dan ratusan sahabat handai dan rakan taulan.

Jenazah Ustaz Nahar akan disembahyangkan pagi esok di Masjid Kampung Likas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung itu.

Tiada ulasan: