Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya menafikan beliau pernah menyatakan bahawa Harakah akan mematuhi apa sahaja perkara yang terkandung dalam akta penerbitan seperti dilapor laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini. Sebaliknya kata beliau, dalam pertemuan dengan KDN semalam, beliau hanya memberitahu menghormati fungsi KDN dan meminta KDN juga menghormati peranan Harakah sebagai salah satu suara alternatif. "Saya cuma kata kami menghormati peranan KDN sebagai agensi kerajaan, dalam masa yang sama saya juga minta KDN faham peranan Harakah sebagai akhbar oposisi dan juga penyalur suara alternatif," katanya ketika dihubungi. Menjelas lanjut Taufek berkata, pertemuan hampir setengah jam di pejabat KDN semalam lebih tertumpu kepada penghantaran 8 naskhah Harakah ke kementerian itu sebaik selesai dicetak dan sebelum diedarkan. KDN juga katanya bersedia mengambil sendiri naskhah berkenaan di pejabat Harakah. Selain isu 8 naskhah tersebut, KDN juga katanya meminta pihak Harakah lebih "berhati-hati" dalam melaporkan isu yang diklasifikasikan sebagai sensitif seperti isu judi bola, isu Felda dan Jemaah Islamiah (JI). --------------------- respon : KDN jaga agama, bangsa dan negara? atau jaga UMNO sahaja? Majalah lain yang berada di pasaran, merosakkan akhlak.. mcm mana? ada teguran ker tak? majalah Mangga, URTV dsb.. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Selasa, Julai 06, 2010
Amaran berhati-hati oleh KDN terhadap Harakah! Isu-isu yang kena hati-hati ialah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan