Sabtu, Oktober 31, 2009

Tentera AS campak al-Quran dalam lubang tandas. BN Bunuh Ust Ibrahim Libya, Tak Sama Kah? mmm...

ARKIB : 30/10/2009 (utusan.com.my)

Tentera AS campak al-Quran dalam lubang tandas

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Penyeksaan yang dilalui oleh Sami Al-Hajj sepanjang berada dalam tahanan tentera Amerika Syarikat (AS) mungkin boleh disamakan dengan apa yang dikatakan sebagai 'neraka dunia'.



Begitulah yang digambarkan oleh rakyat Sudan itu sewaktu diminta menceritakan pengalamannya menjadi tahanan di kem tentera laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba selama tujuh tahun sejak ditahan pada Disember 2001.

Katanya, daripada apa yang beliau dan tahanan lain lalui, bolehlah disimpulkan bahawa tentera AS langsung tidak menghormati agama Islam malah mereka tidak mempedulikan nyawa orang lain kecuali diri mereka sendiri.

Menurut Sami, peristiwa yang paling menyakitkan hatinya ialah ketika beliau nampak bagaimana askar-askar itu mengoyak dan mencampakkan kitab suci al-Quran ke dalam lubang tandas.




-----------------------------------------------------------------------------

yusz felda :

emm.. Amerika kata nak tiru m;sia dalam hal-hal tertentu... jadi, ada hal dia serasi dengan M'sia.. dia tangkap pengganas 'orang Islam! di m;sia BN pun sama juga, orang yang mahu agama 'Pas' kena teruk.. BN robohkan masjid.. BN perlekehkan ulamak, BN bunuh Ulamak!

Jadi, tak ker hampir sama, bahkan buruk lagi sifat BN ni!

Ust Hj Abdul Ghani Shamsudin- IT Pas Pusat bertandang ke Kundasang 23-25 Oktober 2009!

USTAZ HJ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN

abunuha.wordpress.com

Posted by: Abu Nuha on: 28 Oktober 2009

Ust Abd Ghani Shamsuddin

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa tokoh hebat ini pernah bertugas di Sabah satu ketika dahulu, walaupun hanya seketika sahaja.

Ust Hj Abdul Ghani Shamsuddin, 63 tahun berasal dari Masjid Tanah Melaka.

Pernah mengaji di Madrasah al-Junid, Singapura antara 1957-1964. Antara rakannya ialah Datuk Hj Ahmad Alawi Hj Adnan, Mufti Kerajaan Negeri Sabah sekarang.

Menyambung pengajian selepas itu ke Mesir antara 1965-1974. Di sana, beliau mengaji di Maahad Bu’uth sebelum ke Universiti al-Azhar dalam bidang Syariah dan Perundangan.

Meneruskan dalam bidang sarjana dalam jurusan Fiqh Muqaran (Perbandingan Hukum) dan diploma pendidikan di universiti yang sama.

Kembali ke tanahair, ustaz berkhidmat sebagai guru agama di Sek Agama Syarifah Radhiah Melaka. Dalam masa yang sama, ustaz terlibat dalam ABIM sehingga diamanahkan sebagai Timbalan Presiden pada awal 80an.

Setahun mengajar di Melaka, ustaz kemudiannya beralih ke Institut Teknologi MARA, Shah Alam dan berkhidmat selama 7 tahun.

Pada awal 80an, ustaz dipindahkan ke ITM Cawangan Sabah, Kota Kinabalu. Tidak lama, sekitar 6 bulan sahaja di sana, ustaz mendapat perintah keluar dari Sabah dalam tempoh 48 jam oleh Ketua Menteri, Datuk Harris Salleh.

Kembali ke ITM Shah Alam sebentar, sebelum ustaz berpindah ke Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1981 sehingga bersara pada 2001.

Ustaz Abd Ghani juga bergiat aktif dalam Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan diangkat sebagai Yang Dipertuanya pada 1999-2003, ketika itu menggantikan Ustaz Hj Ahmad Awang.

Kini beliau memimpin satu lagi gerakan Islam yang dinamakan sebagai Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Program terbaru yang disertai SHURA ialah Persidangan NGO Asean di Bangkok pada 16 Oktober lalu.

Trafik Blog, Nak Ramai Masuk Blog Kita?

MENINGKATKAN TRAFIK BLOG

(abunuha.wordpress.com)

Posted by: Abu Nuha on: 29 Oktober 2009

Catatan ini saya buat berdasarkan sedikit pengalaman, pengamatan serta pemerhatian saya yang kerap melayari blog orang lain, rujukan buku-buku dan juga sebagai seorang blogger kecil-kecilan.

Catatan ini mungkin ada betulnya, mungkin juga salah. Pastinya kekurangan sudah tentu ada.

1) Rajin menulis / mengemaskini.

Kehadiran ramai pengikut dan pelayar sebenarnya menjadi salah satu perangsang seorang blogger akan menulis lebih kerap. Blog yang selalu dikemaskini digemari pembaca kerana ada sesuatu yang baru akan dibacanya pada hari itu.

Sebaliknya, blog yang jarang dikemas, akan ditinggalkan orang. Pembaca rajin melayar, kerana kita rajin menulis. Setidak-tidaknya, 3-4 kali seminggu mengemaskini. Bukan mesti artikel yang panjang. Empat-lima perenggan sederhana sudah memadai. Contohi blog Mazidul TV3.

2) Bahasa mudah dan betul.

Bahasa yang mudah khususnya kepada sasarannya akan disenangi pembaca. Kalau artikel disasarkan kepada pelajar, gunakan bahasa yang bersesuaian. Sebaiknya elakkan ‘bahasa sms’ di dalam blog.

Saya dimaklumkan oleh seorang anggota polis yang menjadi pembaca tetap blog ini, satu bangunan pejabat mereka akan membuka blog ini setiap hari. Pada mulanya, mereka beranggapan blog seorang ustaz hanya berkisar cerita hukum hakam saja. Pelbagaikan isi artikel dan cerita.

3) Label / tag dan tajuk yang tepat.

Ini sangat membantu bagi orang yang sedang membuat carian sesuatu bahan artikel. Dapatan kepada kalimah yang dicari lebih tepat dengan meletakkan label dan tajuk yang mengena.

Kalau isunya tentang negeri Perak, label yang tepat adalah seperti Nizar, Sivakumar, Ganesan, Zamry Abd Kadir, Pakatan Rakyat, DUN Perak, dan sebagainya.

4) Perenggan untuk memudahkan bacaan.

Berdasarkan pengalaman peribadi, saya merasa payah membaca dan geram kepada artikel yang tidak berperenggan. Sebaiknya, 3-4 baris sahaja bagi setiap perenggan.

Layari dan contohi web atau blog-blog hebat seperti harakahdaily, malaysiakini, Dr Kamil Ibrahim, Tukar Tiub, Merah Tinta dan sebagainya.

5) Artikel yang tepat pada masa.

Artikel isu semasa akan menjadi tumpuan dan carian ramai.

Contohnya pada hari pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan, ramai orang hendak memuatturun bajet berkenaan. Begitu juga menjelang hari jumaat, carian yang meningkat ialah teks khutbah jumaat.

6) Promosi melalui komen, shoutbox, dan lain-lain.

Rajin-rajin melayari blog rakan-rakan dan meninggalkan komen dan URL masing-masing. Tetapi komen biarlah berasas dan berguna.

Begitu juga sisipan shoutbox. Sahabat Mujahideen Islam antara contoh blogger yang rajin singgah di shoutbox ramai orang. Itu juga membantu.

7) Serahkan URL kepada enjin carian.

Ketika blog dilancarkan pada peringkat awal, pilihan dibuat sama ada hendak dibuka kepada umum atau tidak. Ada orang menulis hanya buat tatapan suami, isteri atau ahli keluarga sahaja. Terpulang.

Jika kita hendak catatan kita dibaca ramai, buka ruang kepada bacaan umum khususnya artikel yang berkait dengan dakwah.

8) Berpaut-pautan.

Cari rakan-rakan lama dan baru yang mempunyai blog dan sertakan alamat blog mereka dalam pautan kita. Jangan lupa blog tokoh dan selebriti tertentu.

Berpaut-pautan akan mempercepatkan kenaikan trafik. Dalam masa yang sama, kita turut membantu trafik blog orang lain.

9) Petik artikel laman web / blog lain dengan menyatakan sumber.

Apabila kita berkenan dengan artikel dari web dan blog lain, nyatakan sumbernya. Selain merupakan satu adab, blog asal akan melayar semula artikel sumbangannya yang ada di blog orang lain.

10) Hebahkan alamat blog di luar alam siber.

Ketika kita berprogram seperti berceramah atau seumpamanya, hebahkan alamat blog kita kepada audien. Paling tidak, kita mendapat beberapa pelayar baru.

Jika tulisan kita baik dan menepati citarasa pembaca, dia akan menjadi pelayar tetap blog kita pula.

11) Berterima kasih secara peribadi kepada pelayar dan pemberi komen.

Jika ada masa terluang, balas pengomen artikel melalui emel. Nyatakan rasa terima kasih kerana kesudiannya melayari blog kita.

Jika ada blogger lain melayari blog kita (blog ke blog) nyatakan juga sikap yang sama iaitu berterima kasih, khususnya jika persinggahannya itu kali pertama.

Sayyid Abu al-A’la al-Maududi berkata : “Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan) dan lidah (berdakwah)”

Wallahu a’lam.


yusz felda:
masa kursus di Kundasang ( 24-25/10/09) tak sempat + lupa copy dekat ust abu nuha bahan ini, tapi syukur dapat copy kot internet... untuk kita kembangkan pengalaman mengurus blog.. syukran akh

Sidang Dun Perak, Kejahatan Terancang Musuh!

Sabtu 31 Oktober 2009 | 12 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Jahat dan berniat jahat
(HARAKAHDAILY.NET)
Zulkifli Sulong
Fri | Oct 30, 09 | 2:26:39 pm MYT

PENDAPAT

Inilah yang dikatakan berniat jahat dan melaksanakan kejahatan itu. Ketika merancang sidang DUN Perak Rabu lepas, Adun dari Pakatan Rakyat diberitahu, mereka akan memasuki DUN tepat jam 9.50 pagi. Sebelum dari mereka, Adun BN akan masuk dahulu kononnya untuk mengelakkan perebutan dan kekecohan.

Iklan

Namun apabila Adun Pakatan Rakyat mahu memasuki DUN Perak, mereka terpaksa melalui lima check point (tempat pemeriksaan). Di setiap check point ini, polis yang bertugas di situ akan memeriksa setiap Adun berkenaan satu per satu.

Akibatnya, mereka lambat sampai ke DUN Perak. Di sana Adun BN sudah lama menunggu dan sudah memulakan sidang mereka. Speaker DUN, V Sivakumar terpaksa bergelut dan dicekik sehingga jubah speakernya koyak.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan gambar bertajuk "House is half full" (Gambar bawah). Ia cuba menghantar mesej negatif. Adun Pakatan lambat masuk, tidak masuk, tidak ada dalam Dewan dan sebagainya.

Inilah apa yang boleh dinamakan sebagai pakatan jahat antara pihak-pihak yang berkepentingan di Perak.

---------------------yusz felda :

saya setuju artikel ni.. ketika saya melayari info di blog idhamlim.blogspot dan yang lain.. di utusan.com.my dah terpampang wajah dalam Dun Perak yang lengang di pihak Pakatan Rakyat (gambar bawah) menggambarkan sikap negatif (berkecuali dsb)... ini satu taktik terancang bersama polis, SUK kalau tak silap, MB dan mungkin PM?.. he he.. saya tau lau.. lama dah BN perintah.. itu antara kemahiran licik BN.. namun, Allah kan ada.. kemahiran Allah tiada tandingan!

Image

PASTI: PEPERIKSAAN SAIDINA ALI DI PASTI TAMAN RIA 3, 31/10/09 JAM 8.30 PAGI


UJIAN SAIDINA ALI, PERINGKAT
PASTI ZON TAWAU

MELIBATKAN PASTI KUNAK, SEMPORNA
JAM 8.30 PAGI / 31 OKTOBER 2009 DI PASTI TAMAN RIA 3, TAWAU


TUJUAN : MEMILIH PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN
PASTI DAERAH TAWAU BAGI SESI 2009


TAHAP 1 (5 TAHUN) = 19 PESERTA
TAHAP 2 (6 TAHUN) = 19 PESERTA

ISI KANDUNGAN UJIAN :
SEMUA TAJUK YANG DIAJAR!

---------

YUSZ FELDA :

DOAKAN MEREKA BERJAYA!

Bapa mangsa jambatan runtuh tidak meninggal ! Harakahdaily mohon maaf...

Sabtu 31 Oktober 2009 | 12 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Bapa mangsa jambatan runtuh tidak meninggal
Harakahdaily
Fri | Oct 30, 09 | 10:34:44 am MYT
KUALA LUMPUR, 30 Okt: Bapa mangsa jambatan runtuh program perkhemahan 1 Malaysia, T. Nathan tidak meninggal sebagaimana yang dilaporkan Harakahdaily sebelum ini.

Iklan

Beliau hanya selalu pengsan dan tidak lalu makan dan minum akibat kesedihan amat sangat. Beliau juga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip yang dipasangkan pada lengannya.

Sehubungan itu, Harakahdaily memohon maaf kepada keluarga T Nathan dan pembaca akibat salah lapor ini.

Adun Pelabuhan Kelang Keluar Pakatan Rakyat!

ARKIB : 30/10/2009 (utusan.com.my)

Badrul keluar PKR


ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah ketika mengumumkan keluar daripada PKR pada sidang media khas di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta.

Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusannya keluar daripada PKR itu disebabkan sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

“Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri.

Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Ramiza Mazlan.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatannya sebagai ADUN Pelabuhan Klang kerana dipilih oleh rakyat dan bukannya oleh Menteri Besar Selangor.

Katanya, tindakan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas dapat menjimatkan wang rakyat di samping mengelak tekanan daripada Khalid supaya beliau melepaskan jawatannya itu.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, Badrul Hisham berkata, setakat ini beliau belum memikirkannya.

“Saya ingin tegaskan, saya mahu berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat khususnya pengundi saya di Pelabuhan Klang.

“Malah saya yakin akan mampu berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat Bebas tanpa sebarang gangguan mainan politik oleh kerajaan pakatan (pembangkang) yang ada sekarang,” katanya.




Badrul Hisham berkata, keengganan pihak pentadbiran kerajaan Selangor membantunya dalam penyelarasan peruntukan kewangan bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang seolah-olah menganaktirikan beliau berbanding dengan wakil rakyat lain.

Selain itu, katanya, tindakan kerajaan negeri menubuhkan Pusat Penyelaras Khidmat Rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan diuruskan oleh wakil rakyat kawasan lain, merupakan tindakan yang membelakangkannya sebagai ADUN kawasan berkenaan.

Mengenai kenyataan Khalid yang mencadangkan beliau mendapatkan rawatan psikiatri dan menuduhnya mempunyai masalah kesihatan setelah pernah terlibat dengan kemalangan, Badrul Hisham berkata, perkara itu merupakan satu tohmahan dan fitnah.

“Apabila Menteri Besar Selangor menyatakan saya mempunyai masalah kekuatan otak, ianya merupakan satu penghinaan ke atas maruah diri saya dan juga keluarga saya.

“Tindakan beliau itu merupakan perbuatan tidak bermoral pemimpin PKR,” katanya.

Badrul Hisham juga menafikan kenyataan Khalid bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab sedangkan suratnya yang bertarikh 28 Ogos 2009 telah diterima beserta cop rasmi pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Agung PKR pada 2 September 2009. – Bernama

------------yusz felda:

ayat Adun tadi >>Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Ramiza Mazlan.<<< Saya tak setuju dia keluar kerana Allah... pakatan rakyat nak tegak keadilan, ini selaras dengan Islam.. jadi, kenapa Adun tu mahu keluar juga? BN luluskan judi, selaras kah dengan Islam? macam mana tak boleh fikir ka???

Khamis, Oktober 29, 2009

Terkini! Mesyuarat Khas JK Pas Pusat.. Keputusannya... Seminar Ganti Muktamar! Dari blog Al-Banjari

Thursday, October 29, 2009 Sumber >>> (http://politikbanjar.blogspot.com/)

Sumber yang dperolehi dari IbuPejabat PAS melalui sahabat saya, panzer :Sidang akhbar sudah berakhir. Kenyataan dari keputusan meeting malam tadi telah dikeluarkan.

1.40am
1] Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan dilangsungkan. Penulis merasakan seminar itu adalah seminar yang sama yang akan dijalankan pada bulan Disember nanti.

2] Satu lembaga displin dibentuk dengan diketuai oleh Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang sedang berlaku di Negari selangor.

3] Isu Unity Government atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi kerajaan perpaduan selepas ini.

*Mustafa Ali, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslam Sms masih lagi mengekalkan status quo masing-masing.

12.10am

Mensyuarat Khas masih belum tamat. Sidang PC belum diadakan.

Kredit terbanyak untuk saudara Panzer, wartawan dari Utara Online. LIVE dibawakan oleh beliau di sini.

Terkini! Mesyuarat Khas JK Pas Pusat.. Keputusannya... Seminar Ganti Muktamar! 7 DISEMBER 2009 DI TAMAN MELEWAR!

Khamis 29 Oktober 2009 | 10 Dzulka'edah 1430 Hijrah
PAS adakan seminar ganti muktamar khas
Zulkifli Sulong
Thu | Oct 29, 09 | 1:36:34 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Iklan

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

_------------------------------------


yusz felda : alhamdulillah.. keputusan dah ada.. itu yang terbaik untuk Islam kan? Insya allah, maka akan penuh sesak nanti 7hb 12 di Taman Melewar! Jangan Tak Datang Ya! :) ALLAHU AKBAR!

Rabu, Oktober 28, 2009

Mesyuarat Khas JK Pas Pusat.. Debaran Makin Terasa..

Rabu 28 Oktober 2009 | 9 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas
JK PAS Pusat(ini sebelum mesyuarat)
Harakahdaily
Wed | Oct 28, 09 | 9:47:24 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Iklan

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.

Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.

Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.

ImageMaka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.

Image

(Gambar:Abdul Hadi menyambut ketibaan Nik Aziz di luar bilik mesyuarat)

Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.

Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.

Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.

BERTERUS TERANG LAH DALAM MESYUARAT KHAS PAS PADA MALAM NI!

Rabu 28 Oktober 2009 | 9 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Pemuda PAS mahu terus terang dalam
mesyuarat malam ini
Harakahdaily
Wed | Oct 28, 09 | 12:46:03 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Mesyuarat Dewan Pemuda PAS malam tadi mengambil keputusan agar semua pihak yang berbeza pendapat dalam PAS berterus terang dalam mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam ini.

Iklan





Mereka meminta agar perbezaan pendapat mengenai halatuju PAS diselesaikan secara tuntas dalam mesyuarat khas itu agar ia tidak lagi berlarutan.

"Pemuda mahu semua yang kata nak bekerjasama dengan Umno jelaskan sikapnya, manakala yang dikatakan pro-Pakatan sehingga membelakangkan parti juga menerangkan sikap mereka.



"Dari situ kita minta semua mengambil pendirian bersama dalam menentukan halatuju parti," kata Kamaruzaman Mohamad, Setiausaha Pemuda PAS.

Mesyuarat yang dipengerusikan ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi itu juga mengambil pendirian agar Lembaga Disiplin PAS diaktifkan sepenuhnya dengan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak sahaja yang didapati bersalah dalam menguruskan parti.

------------------- YUSZ FELDA :

" YA ALLAH.. MUDAHKANLAH URUSAN MESYUARAT KHAS PAS PADA MALAM INI"

Masya allah! Mb Kelanta minta gaji jawatannya RENDAH dari MB Negeri Lain?


Rabu 28 Oktober 2009 | 9 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Nik Aziz tidak mahu gaji MB Kelantan tinggi
M Faqih
Wed | Oct 28, 09 | 9:52:14 am MYT

KOTA BHARU, 28 Okt: Kerajaan negeri bersetuju atas desakan Adun bagi menaikkan gaji mereka daripada RM3,600 kepada RM4,600 selepas mengambil kira kos kehidupan semakin meningkat sekarang.

Iklan

Selain Adun, anggota Exco juga menikmati kenaikan sebanyak RM700 berbanding sekarang sebanyak RM5,400.

Manakala Timbalan Menteri Besar mendapat kenaikan sebanyak RM2,200 berbanding RM6,600 sekarang dan Menteri Besar pula dinaikan sebanyak RM2,600 menjadikan RM12,800.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, gaji baru Menteri Besar Kelantan masih rendah berbanding Menteri Besar Terengganu sebanyak RM14,175.

"Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu terus mengekalkan gaji Menteri Besar Kelantan lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain,"katanya.

---------------- mahkamah-akhirat :

emm.. payah nak cari MB begini ba.. tu salah satu kelebihan TGNA la.. dia ikhlas depan dan belakang rakyat.. tuan/puan yang kurang percaya, boleh bertandang ke Kelantan.. boleh ambil gambar rumah Tok Guru.. rumah MB.. kemudian balik, tunjuk dengan kawan-kawan.. orang tengok boleh nampak ke'warak'an beliau.. kerana itulah Non Muslim juga menghormati TGNA ini.. inilah wajah Islam.. sifat zuhud yang ada pada TGNA inilah yang patut diikuti oleh semua pendukung jemaah Islam semua.. mudah-mudahan ramai akan menjadi wajah dan cermin Islam.. ameenn..

Memali: DPP Wilayah pula desak KOSMO tarik artikel Memali-ajaran sesat?

Rabu 28 Oktober 2009 | 9 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Pemuda PAS desak Kosmo tarik artikel Peristiwa Memali
Harakahdaily
Wed | Oct 28, 09 | 1:18:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak supaya akhbar Kosmo menarik balik artikel yang disiarkan 26 Oktober lalu yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.

Iklan

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan turut menggesa akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada PAS serta keluarga dan waris yang terlibat dalam peristiwa tersebut.

Pemuda juga tegasnya, akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya Kosmo gagal berbuat demikian.

"Dewan Pemuda PAS menyanggah sekeras-kerasnya tulisan dalam Kosmo bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang mengaitkan Peristiwa Memali denagn ajaran sesat," katanya.

Pemuda PAS ujarnya, sangat kesal dengan artikel yang jelas berunsur fitnah melampau dan berniat jahat terhadap PAS dan perjuangan rakyat yang menolak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Malah maklumat dalam artikel itu juga ujarnya, tidak tepat dan tersasar daripada fakta kejadian sebenar.

"Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dan dengan niat menanam kebencian rakyat terhadap perjuangan PAS," katanya lagi.

Peristiwa Memali pada tahun 1985 mencatatkan sejarah hitam apabila kerajaan telah menggunakan kekerasan ketenteraan melampau terhadap rakyat yang tidak bersenjata.Mereka mempertahankan hak mereka untuk menentang penggunaan undang-undang zalim ISA.

Artikel berkenaan turut menghina Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mencemar duli untuk menyiram air mawar di pusara para syuhada.

Almarhum Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai Kedah telah mengeluarkan fatwa bahawa Al Marhum Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah syahid._

-------------------- mahkamah-akhirat-------

Kerajaan M'sia tak iktiraf mati syahid.. tetapi makhluk allah yang bernama peluh, darah,bau mengishtiharkan tubuh badan yang kaku (hidup di sisi allah) sebenarnya SYAHID.. sila rujuk buku Jamaludin Al-afghani berkaitan kisah Memali.. :)

9.11 am/Sidang Dun Perak 28 Oktober 2009 Penuh Dramatik! Versi 2(dari awal pagi)- YB Idham,ADUN Titi Serong!

Terkini 9.11 am : Adun Pakatan Sudah berkumpul dan bila-bila masa akan ke bangunan Dewan Negeri

Adun Pakatan sudah berkumpul sebelum ke DUN Perak untuk bersidang.

Sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat berkumpul di satu tempat berhampiran dengan SUK dan bila-bila masa akan bergerak ke dewan bagi mengikuti sidang pada hari ini.

Terkini 9.20 am : 4 Adun Pakatan dilarang melintasi SUK

Empat Adun Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh, YB. Zainuddin, YB. Sum dan YB. Thomas SU dihalang oleh pihak polis semasa cuba melintasi kawasan jalan menuju ke bangunan DAP di sini. Berlaku tikaman lidah antara mereka dan akhirnya mereka di dibenarkan melewati jalan tersebut.

Sebetulnya tidak ada alasan Adun dihalang melewati jalan tersebut, kalaupun ada kaitan dengan warta 50 meter ianya hanya melibatkan orang awam sahaja.

Terkini 9.39 am : Kami mula bergerak ke dewan

Kami mula bergerak ke dewan sekarang, doakan keselamatan kami.

Terkini 9.55 am : Siva dihalang kami pertahan

YB Siva cuba dihalang oleh polis termasuk semua Adun PR yang cuba dihalang. Berlaku tolak menolak.

Terkini 9.56 am : Kami mundur ke pintu utama.

Semua ADUN PR dan Speaker Sivakumar mundur ke belakang apabila di halang oleh polis.

Terkini 9.58 am : Kami bergerak kembali.

Kami cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku perlawanan cakap, mereka benarkan semua Adun masuk kecuali YB Speaker.

Terkini 10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke belakang.

Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh.

Terkini 10.01 am : Kami keluar dari pagar SUK

Ds. Nizar sedang memberikan kenyataan kepada media yang menghalang Adun PR masuk diluar bangunan. Selepas itu polis datang untuk menghalang kenyataan media itu.

Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.

Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.

Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.

Terkini 10.05 am : Suasana kecoh kembali.

Polis terus menghalang kami dan kami bergerak ke pintu masuk untuk masuk ke dalam dewan dengan dikawal ketat oleh ratusan polis.

------------------>>> selepas ini, terus ikuti artikel sebelum ini untuk melengkapkan perjalanan sidang DUN Perak 28/10/09 ini.. :)

8.44 am/Sidang Dun Perak 28 Oktober 2009 Penuh Dramatik! Versi 2(dari awal pagi)- YB Idham,ADUN Titi Serong!

28 Oktober 2009

Terkini 8.44 am : Ramainya polis di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan

Saya sampai di kawasan sekitar bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri yang akan bersidang sebentar lagi.

Kelihatan deretan Black Maria dan kenderaan polis yang lain bersusun di sekitar bangunan itu.

Inilah suasana yang kelihatan dalam keadaan sekitar 50 meter telah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam.

Terkini 8.45 am : Suasana muram dalam keadaan mula sesak di Ipoh

Entah untuk pergi bekerja di pejabat masing-masing, entah rakyat Perak yang datang untuk menyaksikan sidang bersejarah hari ini.

Sepanjang perjalanan dari hotel penginapan saya melewati beberapa persimpangan dan bulatan yang dikawal ketat oleh polis trafik.

Terkini 8.47 am : Kawasan bangunan dikawal ketat oleh polis

Sekatan yang ketat dilakukan disekitar bangunan SUK. Kenapakah ini berlaku, kami dan rakyat datang untuk menghadiri sidang, bukannya berperang.

Suasana semacam akan berlaku rusuhan yang dahsyat di Ipoh hari ini khususnya di sekitar bangunan Dewan Negeri.





Santai-santai : Tabung Haji Yang Hebat, namun...

Thursday, October 22, 2009 (peghelihla.blogspot.com)

Tidak dinafikan bahawa Tabung Haji Malaysia adalah antara badan pengurusan haji yang terbaik dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.

Hari ini seorang sahabat menerima panggilan daripada Tabung Haji menyatakan penerbangan beliau ke Tanah Suci adalah pada pagi Sabtu ini 31/10/09.

Mujur juga dia dah membuat persiapan..... Tahniah Tabung Haji di atas kecekapan dan keberkesanan pengurusan jemaah haji kerana bakal-bakal haji tak perlu menunggu lama. Hari ni depa telefon, lusa dah sampai ke Mekah....

Dengar ceritanya yang dah daftar nak kerja haji di Perlis dah 9000 orang lebih..Kuota Perlis hanya sekitar 300 orang..Daftar hari ni tunggu 15 tahun lagi kot baru boleh pi haji.

Hidup 1 Malaysia...

-------------------------------------- yusz felda :

ya, siapa daftar Haji tahun 2009, 11 tahun lagi (2020) baru dia dapat peluang sebagaiman dijawab oleh menteri berkaitan dalam Parlimen baru-baru ini.. hanya 1% sahaja kuota dari rakyat M'sia dapat peluang setiap tahun.. bermakna dalam 26,000 jemaah haji sahaja 1 tahun ke sana.. apa pun, kena ada niat lah kita pergi haji.. jangan asyik dok niat pi umrah saja.. macam takut mati pulak! :)

7.41 am/Sidang Dun Perak 28 Oktober 2009 Penuh Dramatik! Versi 2(dari awal pagi)- YB Idham,ADUN Titi Serong!

28 Oktober 2009(idhamlim.blogspot.com)

Terkini 7.41am : Suasana Hujan Di Ipoh

Pemandangan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak, dengan berlatar cuaca yang suram dan berkabus. Disinilah BN akan melakukan sekali pencabulan Undang-undang dengan menganjurkan sidang haram dengan membentang bajet haram dihadapan Speaker haram.

Sejak petang kelmarin hujan sesekali lebat dan renyai turun membasahi bumi Perak semacam mengiringi kesedihan korban jambatan di Kuala Dipang dan kesedihan sekali lagi undang-undang akan dilakukan oleh BN pada sidang haram hari ini.

Saya telah berada di Ipoh sejak petang kelmarin, sempat ke Cenderoh untuk berceramah dan kembali ke hotel penginapan di Ipoh.

Insyaallah kami akan membuat tuntutan perjalanan dan penginapan kerana bajet yang diluluskan oleh BN adalah haram.

Sidang Dun Perak 28 Oktober 2009 Penuh Dramatik! Versi 1- YB Idham,ADUN Titi Serong!

28 Oktober 2009 (idhamlim.blogspot.com)

Balik ke Parit Buntar, ucap tahniah kepada semua ADUN Pakatan Rakyat....

Alhamdulillah urusan sidang untuk hari selesai dan saya dalam perjalanan balik ke 0arit Buntar. sebelum itu ada teman se Kelantan ajak makan bersama di Restoran Nasi Minang Simpang Tiga di Greentown Ipoh. banyak perkara dibincang termasuk maklumat terkini politik Kelantan dan Tok Guru.

Semasa makan saya diingatkan oleh DS.Nizar supaya ucap tahniah kepada semua ADUN PR yang berjaya dalam membawa mesej rakyat Perak pada hari ini.

lalu saya sampaikan pesanan ringkas kepada semua ADUN PR seperi ini

"saya ucapkan terima kasih, tahniah dan penghargaan diatas semangat juang YB yang tinggi sehingga berjaya dalam mempertahankan hak rakyat dalam sidang DUN hari ini "



Baca Seterusnya...

Terkini 1.54 pm : Sidang media berakhir

Sidang media telah berakhir dan semua Adun bersurai.

Satu report polis akan dilakukan oleh Adun-adun Pakatan Rakyat pada jam 3.00 petang ini di IPD Ipoh.



Baca Seterusnya...

Terkini 1.45 pm : Ds, Nizar sahkan jumpa Raja Muda Perak di Kuala Dipang kelmarin.

Saya jumpa Tuanku kelmarin dan Tuanku tanya saya sihat ker?? Dedah Ds. Nizar apabila ditanya apa yang dibincang semasa jumpa Tuanku kelmarin.



Baca Seterusnya...

Terkini 1.43 pm : Kami bukan boikot sidang tapi sidang tidak sah

Apa yang dilakukan adalah pelanggaran tanpa melihat salah atau betul (bulldost) demi untuk mencapai hasrat jahat BN.

Tidak berbangkit kami boikot sidang kerana sidang adalah tidak sah.



Baca Seterusnya...

Terkini 1.40 pm : Kenyataan Pengerusi PKR Perak

Tindakan yang dilakukan oleh BN menjijikkan di Perak, demikian kenyataan Pengerusi PKR Perak, Mustaf Kamil Ayub.

Bajet yang dibentangkan oleh BN adalah tidak sah.

Mohon supaya DYMM Sultan Perak membubarkan DUN Perak untuk kebaikan rakyat.



Baca Seterusnya...

Terkini 1.26 pm : Saya malu kerana Umno memperguna pasukan keselamatan.

Adun Pantai Remis akan melaporkan apabila tempat sulitnya di ceroboh sebelum masuk ke dalam dewan. Dalam pertelingkahan dia tidak dibenarkan membawa masuk kamera ke dalam dewan.



Baca Seterusnya...

Terkini 1.23 pm : Kenyataan Dato' Ngeh

Tindakan polis menyebabkan demokrasi di Perak lagi merosot ke tahap yang lebih teruk.

Polis nampaknya tidak dapat membezakan siapa yang sebenarnya perompak dan pencuri sebenar.

Tegaskan tindakan polis jelas melangar undang-undang yang bole di hukum penjara selama 7 tahun dan di denda.

Saya menyokong kenyataan Ds. Nizar meletakkan jawatan. Berharap BN akur dengan kehendak rakyat dengan bubar DUN Perak.


Baca Seterusnya...

Terkini 1.18 pm : Kenyataan MB Pakatan Rakyat

Speaker Sivakumar menunjukkan surat palsu dan menafikan dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang disiarkan di blog ini kelmarin.

Kami dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN.

Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami.

Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan.

Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan.


Baca Seterusnya...

Terkini 1.13 pm : Sidang media, kenyataan V.Sivakumar

Sebahagian dari rakan media yang hadir.

Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.

Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis.

Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi.

Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku.

Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru.


Baca Seterusnya...

Terkini 12.58 pm : Mesyuarat Selesai

Mesyuarat Adun PR selesai dan satu sidang media akan berlangsung bila-bila masa.



Baca Seterusnya...

Terkini 12.49 pm : Semua Adun di Wisma DAP adakan mesyuarat.

Semua Adun PR sudah berada di Wisma dan satu mesyuarat penting diadakan dengan dipengerusikan oleh YAB MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin.



Baca Seterusnya...

Terkini 12.40 pm : Laungan bubar DUN iringi Adun PR keluar dewan.

Laungan bubar DUN berkumandang apabila Ds. Nizar dan semua Adun PR keluar dari pagar bangunan Dewan Negeri.



Baca Seterusnya...

Terkini 12.36 pm : Kami sudah diluar pagar.

Semua Adun PR sudah berada diluar bangunan SUK dan menuju ke pejabat DAP berkenaan.



Baca Seterusnya...

Terkini 12.34 pm : Sidang tamat

Sidang sudah pun berakhir dan kami sudah berada di luar bangunan tapi masih dalam pagar dan kami berkumpul dihadapan bangunan DUN tidak berapa jauh dari pintu keluar.




Baca Seterusnya...

Terkini 12.26 pm : Sidang media masih berlangsung

Dalam keadaan sidang haram yang dikendalikan oleh Speaker haram Ganesan, semua Adun PR masih berada dalam sidang media di dalam perpustakaan di aras yang sama.

Bila ada soalan yang ditanya oleh wartawan mengenai kami boikot sidang, dijawab perkara itu tidak berbangkit kerana sidang ditangguh oleh Speaker yang sah. Sidang yang berlangsung adalah sidang yang haram.




Baca Seterusnya...

Terkini 12.15 pm : Tercemarnya demokrasi, MB Nizar

apa yang terjadi adalah membenamkan demokrasi di Perak dengan penghalang untuk kami masuk oleh polis.

Ini adalah ancaman sedangkan kami datang atas nama Adun dengan surat Speaker yang sah.

Kekecohan adalah tindakan pihak polis dan bukannya kami.

Menyebabkan nyawa Sivakumar terancam dan terjejas.

Saya memberitahu Menter Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin letak jawatan kerana tindakan mencemar institusi polis.

Kami dihalang dengan peraturan yang melampau termasuk tidak boleh membawa masuk kamera.

Hari ini telah terkubur demokrasi di Perak.

Tindakan sidang yang dikendalikan oleh Speaker haram, satu saja yang dia haram, kerana dia tidak ada hak undang-undang berada di situ.

Apa yang berlaku hari ini kerana arahan Zambry, setiausaha Kerajaan Negeri dan Hishamuddin.


Baca Seterusnya...

Terkini 12.07 pm : Kenyataan Dato' Ngeh

Ramai wartawan yang hadir.

Dato' Ngeh mengecam dan merasa kesal dengan keadaan Negeri Perak macam negeri polis. Tindakan kami ditahan ingin masuk ke dewan walaupun dengan berjalan kaki.

Tindakan polis untuk merampas jubah menyebabkan kita terperanjat pihak polis tidak dapat membezakan siapa pencuri sebenarnya.

Tindakan menanggalkan jubah secara paksa adalah tindakan BN yang mempergunakan pihak polis.

Kita tidak faham polis tidak bertindak terhadap Ganesan.

Dato' Ngeh menegaskan kita mahu ikut undang-undang dan berharap mahkamah bertindak dengan adil.

Tindakan polis pada hari ini adalah penyalahgunaan undang-undang apabila menghalang orang mendekati 50 meter sekitar dewan. Ini penyalahgunaan kuasa dan perlekeh undang-undang.


Baca Seterusnya...

Terkini 12.01 pm : Sidang di perpustakaan dihadiri oleh semua Adun PR

Sivakumar menunjukkan cebisan jubah yang sempat di selamatkan.

Speaker Sivakumar menjelaskan perjalanan dewan yang sah dan meluluskan tiga usul seperti yang dilaporkan sebelum ini.



Baca Seterusnya...

Terkini 12.00 pm : Bahagian sulit Pantai Remis telah diceroboh.

Dalam pergelutan Speaker Sivakumar mendedahkan tempat sulit Adun Pantai Remis telah diceroboh.



Baca Seterusnya...

Terkini 11.58 am : Sidang media di perpustakaan.

YB. Sivakumar menjelaskan tindakan polis menghalang dan menahan Adun masuk seorang demi seorang dan tidak pernah berlaku. Ada usaha merampas jubah dan songkok saya,kami bertahan sehingga ke lif dan ke tempat letak kereta. Mereka menggunakan kekerasan, ada yang menekan dan mencekik saya sehingga tidak boleh bernafas.

Beliau mengatakan lebih buruk dari kejadian 7 mei dan mereka berjaya merampas jubah.



Baca Seterusnya...

Terkini 11.50 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar

Speaker yang sah menangguhkan sidang dalam keadaan Speaker haram masih mengendalikan sidang haram sebentar tadi.



Baca Seterusnya...

Terkini 11.43 am : Laungan haram bergema berterusan

Adun Pakatan Rakyat terus melaungkan kalimat haram dan lanun atas tindakan BN meluluskan bajet haram.

Tindakan Adun Pakatan Rakyat langsung tidak dapat diambil tindakan oleh Speaker haram kerana ternyata dia tidak ada kuasa apa lagi untuk meluluskan bajet.



Baca Seterusnya...

Terkini 11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram

BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.



Baca Seterusnya...

Terkini 11.35 am : Sidang Speaker sah YB. Sivakumar, sahkan usul Hj. Osman b. Abdul Rahman sebagai Ahli Dewan Negara baru.

Hj. Osman telah diusulkan oleh Adun Kuala Kurau menggantikan seorang Ahli Dewan Negara yang telah tamat tempoh perkhidmatan, dan disokong oleh Adun Kuala Sepetang.

Usul diterima oleh dewan.



Baca Seterusnya...

Terkini 11.31 am : BN cuba lulus bajet haram

Laungan Speaker haram bergema Sidang BN yang cuba meluluskan bajet haram oleh Speaker Haram Ganesan.



Baca Seterusnya...

Terkini 11.29 am : Dua sidang dalam satu dewan sedang berjalan

Sekarang ini dua sedang berjalan iaitu sidang yang dikendalikan oleh Speaker yang sah V.Sivakumar, dan Speaker haram Ganesan.



Baca Seterusnya...

Terkini 11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar

Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN.

Ianya ditangguhkan sebentar tadi.



Baca Seterusnya...

Terkini 11.07 am : Titi Serong mengusulkan tahniah dan penghargaan dengan prestasi kewangan Kerajaan PR 2008

ADUN Titi Serong membentangkan usul tahniah dan terima kasih atas prestasi kewangan Kerajaan Perak tahun 2008 di bawah kerajaan PR seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.



Baca Seterusnya...

Terkini 11.06 am : Usul di bahas oleh MB Pakatan Rakyat

Usul sedang dibahas oleh YAB MB Pakatan Rakyat dengan mengemukakan data tentang prestasi tersebut. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penjawat awam sehingga prestasi itu dicapai.

Usul diterima....



Baca Seterusnya...

Terkini 10.56 am : Sidang berhenti sebentar.

Sidang ditangguhkan oleh Speaker Sivakumar. Kami Adun PR masih berada di tempat duduk masing-masing dengan tertib sehingga YB Siva menyambung balik sidang.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.53 am : Usul disokong oleh Adun Setiawan.

Usul yang disampaikan dibahas dan disokong oleh Adun Setiawan Dato' Ngeh. Pembesar suara sudah ditutup.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.51 am : Adun BN cuma memerhatikan sidang yang dikendalikan Speaker yang sah

Usul kedua yang dibentangkan oleh YAB MB Nizar mengenai takziah dan simpati kepada anak-anak sekolah di Kuala Dipang yang mengorbankan tidak kurang 3 orang.

Beliau memohon dewan mengucapkan takziah dan usulkan semula program yang melibatkan anak-anak sekolah dihentikan sama sekali untuk memenuhi kehendak PM sendiri supaya program dihentikan.

Dewan mengusulkan ucapan takziah.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.48 am : Hujah PR langsung tidak dijawab Ganesan dan dia terus berada di tempatnya.

Tempat duduk Speaker haram di kawal ketat.

Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.

YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.41 am : Sidang terus berjalan.

YB. Buntong sedang membentangkan usul.

YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.40 am : Adun Buntong berucap tanpa diganggu.

Usul mengecam Speaker haram yang disampaikan oleh YB. Sivasubramaniam disampaikan dan sidang yang kami jalankan tidak diganggu oleh Speaker haram.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.38 am : Sidang dikendalikan oleh Sivakumar berjalan.

Saya menghabiskan bacaan doa menggantikan SU Dewan yang dihalang masuk.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.35 am : Kami sudah didalam dewan

Kami sekarang sudah berada didalam dewan dan dewan nampaknya berehat, kami diperhatikan oleh Adun BN lain dan Speaker haram.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.32 am : Saya dilarang masuk dengan kamera.

Suasana kecoh....

Polis membantah tindakan saya untuk membawa masuk kamera ke dalam dewan. Pihak polis tidak dapat menunjukkan dokumen yang dikatakan ada larangan itu.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.21 am : Polis halang kami masuk.

Pemeriksaan ketat sebelum masuk.

Semua Adun masih bertahan dan tidak dibenarkan masuk ke dewan. Berlaku kekecohan.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.20 am : Polis Pukul ADUN ??

Laungan pada polis yang pukul Adun bergema dalam keadaan kami cuba melepasi halangan pemeriksaan akhir untuk masuk ke dewan.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.17 am : Kami menaiki tangga.

Pergelutan di hadapan lif sehingga songkok YB Siva sempat dirampas oleh polis, tetapi ketika itu juga masih dapat diselamatkan dengan halangan yang bersungguh-sungguh oleh Adun PR.

Lif tidak berfungsi dan semua Adun menggunakan tangga menuju dewan.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.16 am : Polis dikecam

Lagi pergelutan rampas baju Speaker sah.

Kami mengecam tindakan polis yang melakukan tindakan sebentar tadi.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.15 am : Kami keluar ke kawasan lapang, YB Siva dihalang.

Suasana kecoh dan pergelutan semasa polis telah berjaya merampas jubah YB Sivakumar dikawasan letak kereta.

Kami sekarang berehat setelah berlaku pergelutan yang melampau sehingga jubah YB Siva dirampas dan YB Siva sudah ada bersama kami sekarang dan akan masuk ke dewan.

Susasana pergelutan polis ingin merampas jubah Speaker Sivakumar.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.08 am : Kami dihalang dikawasan bawah bangunan letak kereta

Sekali lagi kami dihalang untuk masuk oleh puluhan polis.



Baca Seterusnya...

Terkini 10.07 am : Kami berada dalam pagar SUK sekarang

Kami mempertanyakan songkok YB Siva yang dirampas oleh seorang SB bernama Bala.



Baca Seterusnya...