Khamis, Januari 06, 2011

Yuran tambahan persekolahan bebankan rakyat. ANTARA MENYOKONG DENGAN TIDAK... EMM..




 * SEKADAR HIASAN...



SUMBER

Nazli Ibrahim   
PETALING JAYA, 5 Jan: Ketika masyarakat di negara ini ditekan dengan beberapa siri kenaikan harga barangan pengguna, mungkin banyak ibu bapa bertambah mengeluh lagi apabila bayaran tambahan persekolahan yang dikenakan bagi sesi 2011 juga meningkat  berbanding tahun lepas.
Perbandingan di beberapa sekolah rendah sekitar Selangor didapati bayaran tambahan adalah sebanyak RM36.50 berbanding tahun sebelumnya sekitar RM26.00 hingga RM28 bagi setiap pelajar sekaligus pemansuhan yuran persekolahan RM4 oleh Kementerian Pelajaran sebelum ini kurang memberi kelegaan kepada ibu bapa.

Di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sri Damansara 1 dan SK Damansara Damai 1 bayaran tambahan yang dikenakan berjumlah RM36.50 berbanding tahun lepas RM27.50.

Manakala bagi sekolah-sekolah menengah di sekitar Selangor pula, jumlah bayaran tambahan yang dikenakan juga adalah lebih besar dan berbeza-beza sekitar RM55 hingga RM75 tidak termasuk yuran tahunan PIBG.

Jumlah yang dianggap kecil dan tidak membebankan bagi sesetengah pihak mungkin menjadi keluhan kepada pihak lain khususnya golongan berpendapat rendah apabila mendapati perbelanjaan persekolahan awal tahun yang meningkat.

Lebih-lebih lagi pada masa yang sama, rata-rata para ibu bapa terpaksa menyediakan perbelanjaan untuk pakaian sekolah, buku-buku dan peralatan lain untuk keperluan anak-anak mereka mengikuti pelajaran dalam kelas.

Dianggarkan secara purata setiap ibu bapa perlu memperuntukkan tidak kurang RM300 untuk menyediakan keperluan lengkap bagi seorang anak mereka yang bersekolah dan bertambah mengikut tahap.

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri juga telah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu kenaikan bayaran tambahan persekolahan ini namun kekeliruan timbul di kalangan beberapa kakitangan jabatan itu apabila gagal mengenal pasti unit yang bertanggungjawab berhubung isu ini.

Malahan pemanggil telah dibawa 'melawat' dari satu unit ke satu unit lain, yang rata-rata memberikan nama-nama pegawai berbeza bagi mentangani isu ini.

Seorang kakitangan di jabatan terbabit memberitahu, mereka tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada media kecuali Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Sulaiman Wak yang sedang menghadiri satu mesyuarat ketika itu.

Bagaimanapun dengan ringkas beliau juga memberitahu, bayaran tambahan di sekolah-sekolah negeri Selangor tidak diselaraskan dan bergantung kepada keperluan sekolah-sekolah terbabit.

----------------------------
RESPON : 
PIHAK SEKOLAH DIFAHAMKAN AKAN MENGENAKAN BAYARAN TAMBAHAN DENGAN KELULUSAN PIHAK PEJABAT PELAJARAN... BAYARAN TAMBAHAN TERSEBUT AKAN DIGUNAKAN UNTUK KEBAIKAN SEKOLAH.. IANYA AKAN DIPULANGKAN KEBAJIKAN KEPADA PARA PELAJAR SENDIRI... MUNGKIN 'PERUNTUKAN' OLEH KPM KEPADA PIHAK SEKOLAH AGAK BERKURANGAN BERBANDING SEBELUM INI.. MAKA BAYARAN TERSEBUT MASIH DIPERLUKAN... ARAHAN ATAU DASAR KERAJAAN 1 MURID 1 SUKAN MENAMBAHKAN LAGI 'KEGUSARAN' PIHAK SEKOLAH.. ANTARA MENGGALAS TANGGUNGJAWAB DENGAN MELIHAT RAKYAT TERBEBAN.. CTH : UNTUK MEMBINA SEMANGAT SUKAN DI SEKOLAH, PIHAK SEKOLAH SUDAH TENTU AKAN MENGADAKAN PERANCANGAN AKTIVITI UNTUK SUKAN.. AKTIVITI ADAKALANYA MENGGUNAKAN RM YANG AKAN TINGGI.. NAMUN, IANYA TETAP AKAN MENGUNTUNGKAN ANAK MURID CIKGU... TAK ADA 'UDANG DI SEBALIK MEE'.... 

INSYA ALLAH... DEMI ISLAM DAN NEGARA!

Tiada ulasan: