SUMBER
|
TOKYO 22 Jan. – Sebanyak 10,000 ekor ayam di sebuah ladang ternakan di wilayah Miyazaki dibunuh hari ini dalam usaha membendung penularan selesema burung, kata kerajaan tempatan.
Para pegawai di wilayah yang terletak kira-kira 900 kilometer dari Tokyo itu berkata, 36 ekor ayam ditemui mati di ladang ternakan tersebut semalam.
“Pemeriksaan awal mengesahkan enam ekor ayam berkenaan mati akibat selesema burung berpunca daripada virus jenis H5,’’ pegawai itu.
Dalam usaha menghalang penularan teruk, kerajaan tempatan mengambil keputusan untuk menyembelih semua ayam di ladang ternakan itu dan menubuhkan kira-kira 20 tempat pemeriksaan selain mengharamkan pergerakan ayam dalam lingkungan kawasan 10 kilometer.
Ia merupakan penularan pertama selesema burung sejak 2007 di Miyazaki apabila wabak penyakit kaki dan mulut berlaku yang mengakibatkan lebih 300,000 ternakan dibunuh tahun lalu.
Di Tokyo, Perdana Menteri, Naoto Kan menubuhkan satu pasukan khas hari ini untuk memperkenalkan pendekatan bagi membendung penularan wabak selesema burung. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan