SUMBER
LABIS 30 Jan. - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti undi lebih besar berbanding 2008 membuktikan gagasan 1Malaysia semakin diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat termasuk pengundi Cina.Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan itu juga adalah satu manifestasi penolakan rakyat Johor terhadap Pas yang dilihat semakin tersasar daripada perjuangan asal mereka.
"Kemenangan ini adalah cerminan keyakinan pengundi pelbagai kaum terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat Pusat dan kepimpinan BN di peringkat negeri.
"Ia membuktikan dasar-dasar yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri disambut baik oleh semua kaum dan kemenangan ini sangat signifikan kepada kami kerana ia meneruskan momentum kemenangan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan