Jumaat, Januari 28, 2011

Mesej Mat Maslan Yang Berbau Angkuh??



SUMBER

SEBELUM Maghrib tadi saya menerima mesej dari Ahmad Maslan orang kuat Felda. Selalu dia akan hantar mesej kepada saya terutamanya yang bersifat umum sebagai maklumat media massa. Semasa dia ke Galas dulu dia kirimkan gambar dia sedang belajar menoreh getah.

Mesej Mat Maslan kali ini agak keras bunyinya. Bertentangan dengan perwatakannya yang lemah lembu. Apakah mesej ini menggambarkan UBN dalam keadaan selesa atau sebaliknya? Kalau UBN sudah selesa, Mat Maslan tak sepatutnya menghantar mesej sebegini. Ia menggambarkan akan kerendahan akal budinya. Mesej ini juga menyebabkan darjah kemanusiaan beliau sebagai orang politik terjejas.

Mesej ini juga menunjukkan keangkuhan beliau sebagai seorang pemimpin. Lawannya hanya Mazlan Alimin, bukan lawannya. Mazlan hanya budak kecil dalam Felda yang membuat nakal ke sana ke mari, di mana kenakalan itu boleh ditepis dengan sekali senyum saja. Tetapi bila Mat Maslan menangkis sebegini, ia memberi iklan percuma kepada Mazlan Alimin.

Kenapa saya kata begitu, kerana Mat Maslan boleh memberi apa-apa jawatan kepada Mazlan Alimin di Felda dan biar dia uruskan. Beri sebulan cukup untuk dia membuktikan. Kalau dia berjaya membuktikan kehebatannya untuk membawa perubahan dalam Felda maka Mat Maslan harus letak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebaliknya kalau gagal maka Mazlan Alimin perlulah senyap.

Saya turunkan sepenuh mesej dari Mat Maslan orang kuat Felda ini;

"Kenyataan sms kepada pemikir maya atau bloger. Wahai Mazlan Alimin sdr cabar saya berdebat, debat cuma sejam, saya cabar berdialog dengan sdr dan Ajk Anak selama sehingga dua hari dua malam. Dialog tertutup tetapi boleh panggil pihak media apabila peristiwa itu terjadi sdr pilih sejam berdebat hanya untuk publisti murahan atau pilih sehingga dua hari dua malam untuk merungkaikan isu yang dibawa.

Kami pilih dua hari dua malam ini yang saya sebut dalam PC semalam. Kalau dia anak jantan terimalah. Kita ikhlas kita nak bantu orang macam Mazlan Alimin ini.

Saya bukan tak boleh berdebat, saya pernah jadi pembahas piala perdana menteri PPM antara sekolah-sekolah asrama penuh masa tingkat 3,4,5. Misalnya tahun 1983 saya adalah pembahas pertama mewakili SMS Johor Kluang masuk akhir PPM siaran langsung oleh RTM. Tak jadi hal untuk berdebat. Tetapi kami nak tolong Mazlan dan Anak rungkaikan kekusutan kepala dia yang menuduh Felda macam-macam sedangkan macam-macam Felda sudah, sedang dan akan bantu peneroka dan generasinya.

Hidup warga Felda, salam perjuangan, salam 1 Malaysia. Terima kasih.

Tidak perlu saya ulas mesej Mat Maslan fikir dan nilailah sendiri. Ho ho...kopi Rajawali [wm.kl.11:07 pm 27/01/11]

Tiada ulasan: