Selasa, Januari 25, 2011

Sathia kekal digantung 6 bulan. JURULATIH KELAS A DIPERLUKAN SEGERA!

SUMBER

KUALA LUMPUR - Persiapan penyandang juara Piala Malaysia, Red Warriors bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2011 ditimpa musibah besar apabila mereka tidak dapat menggunakan khidmat jurulatih, B. Sathianathan sehingga 23 Julai ini.

Malah, bagai jatuh ditimpa tangga, pengurusan skuad Kelantan juga terpaksa mencari seberapa segera jurulatih baru yang mempunyai lesen kejurulatihan kelas A sebelum sepak mula perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 29 Januari ini kerana pembantu Sathia, Hashim Mustapha hanya mempunyai lesen kelas B.

Ia gara-gara keputusan Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh K. Kanagarajah, yang mengekalkan hukuman enam bulan seperti mana diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin FAM pada 23 Oktober lalu.

Sathianathan sebelum ini digantung enam bulan dan didenda RM2,000 oleh Jawatankuasa Disiplin kerana bersalah mempertikaikan keputusan keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dengan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika saingan Liga Super.

Tiada ulasan: