Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/01/12
NAJIB bersama wakil syarikat selepas mengumumkan pelancaran 19 EPP di Putrajaya, semalam.
Sektor minyak, gas dan tenaga jadi peneraju utama
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan 19 lagi Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang mampu menjana pelaburan hampir RM67 bilion dan RM36 bilion pendapatan negara kasar, selain mewujudkan 35,000 peluang kerja baru.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan 19 lagi Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang mampu menjana pelaburan hampir RM67 bilion dan RM36 bilion pendapatan negara kasar, selain mewujudkan 35,000 peluang kerja baru.
---------------------------------------------------
BACA INI PULA!!!
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 12 Jan: "Saya sendiri pun hairan kenapa bawang tiba-tiba begitu melambung harganya, manakala minyak masak pula tiba-tiba berkurangan, malah tiada langsung di sesetengah kedai. Saya tak percaya semua ini berpunca dari kekurangan bekalan, tetapi mesti permainan politik pemimpin Umno BN." Begitulah kata-kata orang ramai ekoran kenaikan harga barangan keperluan utama terutama bawang dan kekurangan minyak masak di pasaran sekarang. Kata-kata itu dapat disimpulkan hasil tinjauan pendapat orang ramai dan keadaan di kedai-kedai serta pasaraya-pasaraya di Selangor dan di sini, sejak dua hari lalu. Dari tinjauan yang dibuat oleh Harakahdaily mendapati kebanyakan pasaraya dan kedai-kedai runcit jelas kehabisan bekalan minyak masak, manakala pilihan jenama minyak masak kelapa sawit pula amat terhad. Sementara bekalan bawang turut berkurangan. Beberapa peruncit di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur mendakwa pembekal minyak masak kelapa sawit telah mengurangkan bekalan sehingga 50 peratus kepada mereka. Ini menjadikan masalah kekurangan bahan itu di pasaran semakin meruncing. Sementara bekalan bawang merah pula turut berkurangan kerana para peruncit gagal membelinya dalam kuantiti yang banyak dari pembekal disebabkan harganya yang melambung tinggi. Seorang pekerja di sebuah kedai runcit di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, Mimi Roslinda Alias, 28, menjelaskan, bawang terdiri daripada dua jenis. Satunya bawang putih. Satu lagi bawang merah yang besar yang dikenali sebagai bawang besar India. "Bawang putih sebenarnya dah lama naik harganya. Harganya dinaikkan perlahan-lahan. Kini sekilo bawang putih berharga RM9.00. "Yang terbaru dinaikkan harganya bawang merah yang besar atau bawang besar India. Dulu harganya sekitar RM2.30 atau RM2.50 tetapi sekarang dah dinaikkan menjadi RM9.00 sekilogram," katanya. Kenaikan harga bawang bukan hanya menghimpit pengguna atau orang ramai, tetapi juga turut dirasai para peniaga, sehingga menyebabkan para peniaga mengalami kerumitan untuk menjualnya, terutama untuk dijual kepada mereka yang membeli sedikit-sedikit atau dalam kadar beberapa ringgit. Menurut Mimi, sungguhpun begitu, orang ramai tetap juga membelinya kerana ia merupakan barangan keperluan utama untuk masakan. "Tapi itulah, bila harganya dah naik, kami pun susah nak tentukan harganya. Setiap kali pembeli hendak membayar pula, mereka pasti merungut kerana harganya mahal. Kami pun amat kasihan kepada pembeli, tetapi apa boleh buat, kami faham dan kami pun rasai juga apa yang dirasai oleh mereka," katanya. Disebabkan kenaikan harga, para peniaga turut mengalami kerugian lain kerana ia terpaksa dibeli dalam bilangan yang terhad disebabkan tidak berkecukupan wang. "Sebelum ini kami beli dari pemborong dalam bilangan agak banyak, sekitar 10 beg. Sebelum ini harga satu beg RM8.00 atau RM9.00, tetapi sekarang harga satu beg dah melambung menjadi RM16.00. "Jadi dengan harga yang begitu tinggi, berapa banyak sangat yang mampu kami beli? Kalau beli lagi sedikit lagi mahal pula harganya. Dari setiap beg bawang yang kami beli itu pula, bukannya elok semuanya. Banyak juga yang rosak dan tak boleh dijual. Untungnya pula bukannya banyak," jelasnya. Menyentuh tentang minyak masak, ia lebih memeningkan kepada para peniaga. Malah di kedai beliau sendiri sudah beberapa hari ketiadaan minyak masak. "Tiap-tiap hari kami cari minyak masak dari pemborong tapi pemborong pun dah ketiadaan bekalan. Kami pun tak tahu kenapa jadi macam ni? Hairan, pada hal orang cakap ada keluar minyak, tapi minyak tak ada. Ini berlaku sejak lepas raya Aidiladha lagi," katanya. Untuk menjual minyak masak, ia dibeli dari pemborong dalam bentuk kotak. Setiap kotak mengandungi 17 kilogram. Sekilo minyak masak dijual oleh peniaga kepada orang ramai dengan harga RM2.50. "Sebenarnya menjual minyak masak itu pun bukannya untung sangat. Keuntungan yang kami dapat hanya 4 sen sahaja dari setiap kilogram yang kami jual. Pendek kata, menjual minyak masak hanyalah sekadar menjual sahaja untuk membantu orang ramai mendapatkannya. "Kami beli dari pemborong pun dah dengan harga mahal. Nak jual lebih dari RM2.50 kepada orang ramai tentulah tak sampai hati. Tapi sekarang kami menjadi lebih kasihan kepada orang ramai apabila minyak masak dah tak ada langsung. Kami pun dah tak tahu di mana kami hendak mendapatkannya. "Memang hairan sungguh dengan apa yang berlaku. Jadi kepada pihak-pihak berkenaan yang mencetuskan kejadian ini, tolonglah bersimpati kepada kami para peniaga dan orang ramai selaku penggunanya," ujar beliau. Seorang pengguna, Norita Mansor, 41, (gambar atas kiri) yang tinggal di Taman Samudra, Gombak, Selangor berkata, beliau tidak fikir apa yang berlaku itu tanpa campur tangan pemimpin kerajaan yang memerintah sekarang, iaitu kerajaan Barisan Nasional. "Harapan saya, kerajaan BN yang memerintah sekarang fikir-fikirkanlah masalah rakyat yang sedang terhimpit dengan masalah kewangan sekarang," katanya ketika ditemui sewaktu berkunjung ke pasar raya Giant, Batu Caves untuk membeli belah, semalam. Beliau turut hairan kenapa harga bawang begitu melambung, manakala minyak masak pula sampaikan kehabisan bekalan kerana ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal jika difikirkan secara mendalam. Sementara pasangan Lokman Hakim, 27, dan Wan Norhafis Wan Zawawi, 25, (gambar) yang tinggal di Subang turut pening kepala memikirkan tentang kenaikan harga bawang dan ketiadaan minyak masak, memandangkan ia merupakan keperluan asas bagi masakan. "Dengan kenaikan harga bawang dan ketiadaan minyak masak, melainkan minyak masak yang mahal harganya dan itu pun agak terhad, tentulah turut melibatkan kenaikan harga barangan makanan di kedai-kedai makan nanti. Ini pasti berlaku, kalau tidak macam mana peniaga 'nak hidup'. Jadi, ia pasti akan lebih membebankan lagi orang ramai," kata mereka. Setiap barangan yang dinaikkan harganya, menurut mereka, selalunya amat payah untuk diturunkan kembali harganya, sedangkan barangan yang dinaikkan harganya itu pula merupakan barangan asas kepada orang ramai yang tidak sepatutnya dinaikkan harganya. Lebih jauh dari itu, mereka turut hairan dengan kenaikan harga bawang kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak pemerintah, iaitu kerajaan BN kepada rakyat. "Jadi, kami berharap agar pihak kerajaan berfikir lebih jauh tentang semua ini kerana ia ternyata sesuatu yang tidak dapat diterima oleh orang ramai," kata mereka. Tinjauan ke pasar-pasar pula mendapati orang ramai cukup marah kepada kerajaan BN dengan apa yang berlaku. Kebanyakan mereka yang ditemui sependapat mengatakan apa yang berlaku itu merupakan sebahagian dari agenda pemimpin Umno BN sendiri yang berpakat dengan pihak tertentu, bagi membolehkan mereka menaikkan harga barangan berkenaan. Begitu juga dengan ketiadaan minyak masak. Mereka mendakwa ia sengaja dilakukan oleh pemimpin Umno BN untuk menaikkan harganya untuk membolehkan mereka memperolehi keuntungan secara hina dan segera, bagi mengumpul wang untuk kekayaan mereka dan kroni mereka, manakala selebihnya pula untuk digunakan sebagai dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Mereka amat kesal kerana pemimpin Umno BN tergamak bertindak seperti itu, sedangkan ia amat membebankan rakyat, terutama golongan yang berpendapatan kecil dan sederhana. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan