Jumaat, Januari 21, 2011

BN terdesak serang peribadi calon PAS. CALON PAS TIDAK BERSALAMAN DENGAN BUKAN MAHRAM, BERDOSA?

sumber
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek cuba menimbulkan isu agama di Tenang membuktikan BN terdesak dan takut dengan penampilan calon PAS yang meyakinkan rakyat, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Tenang, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek yang mempersenda penampilan calon PAS, Normala Sudirman dengan menyamakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak bersalam dengan lelaki dan memakai sarung tangan ketika menghadiri program bersama rakyat.

Soi Lek juga mengandaikan Normala tidak akan pergi ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dan bertemu dengan masyarakat bukan Islam.

"Serangan peribadi ini sengaja dilakukan oleh Soi Lek yang takut dengan calon kita dan dia cuba bermain isu agama sebenarnya.

"Ini menunjukkan bahawa Chua Soi Lek cukup terdesak dengan penampilan calon kita yang meyakinkan dan isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu remeh," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Naib Presiden PAS itu juga berkata, masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima ajaran Islam yang melarang wanitanya bersalaman dengan lelaki bukan mahram.

"Ini etika yang diterima pakai oleh budaya masyarakat Malaysia dan tak ada masalah bagi orang Cina dan India bila muslimat PAS tidak bersalam dengan bukan mahram.

"Jadi ini bukan isu tetapi menunjukkan sikap terdesak Soi Lek," katanya.

Tiada ulasan: