Sabtu, Januari 15, 2011

Laman Harakahdaily antara paling popular - IAM. TAHNIAH! TAHNIAH!

SUMBER
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 14 Jan: Harakahdaily telah disenaraikan oleh Institut Akhbar Malaysia (IAM) atau Malaysian Press Institute - MPI sebagai laman web Malaysia yang paling tinggi jumlah muka yang dibaca bagi setiap pelawat laman web negara ini.

Menurut IAM, purata muka surat yang dibuka oleh setiap pelawat Harakahdaily adalah adalah 38 muka berbanding portal berita paling popular di Malaysia iaitu Thestar.com.my iaitu 18 manakala Malaysiakini 33.

Ini bermakna, setiap pelawat Harakahdaily, secara puratanya membuka 38 muka laman web itu.

Angka ini diperolehi oleh IAM berdasarkan maklumat pada bulan Julai 2010.

IAM juga menyenaraikan Harakahdaily sebagai salah satu laman portal berita yang paling popular.

Menurut buku daftar media edisi 2011 yang dikeluarkan oleh MPI itu, Harakahdaily berada di tempat ke lapan dalam senarai laman portal berita dari Malaysia.

Laman portal berita Malaysia paling popular berdasarkan jumlah Unique Visitors adalah milik akhbar The Star iaitu thestar.com.my dan diikuti oleh Malaysiakini. Ia dibuat berdasarkan jumlah Unique Visitors untuk laman berkenaan.

Menurut MPI, Harakahdaily mempunyai 200,000 Unique Visitors berbanding dengan laman paling tinggi The Star iaitu 788,000 Unique Visitors manakala Malaysiakini 547,000.

Bagaimanapun, tempoh masa yang diambil oleh setiap pelawat Harakahdaily bagi setiap minit  lebih tinggi berbanding The Star. Purata masa setiap minit bagi setiap pelawat bagi Harakahdaily adalah 19.1 manakala The Star adalah 16.2 dan Malaysiakini 16.3.

Menurut Datuk Chamil Wariya, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IAM dalam kata pengantar buku ini, angka yang diperolehi ini bergantung kepada angka yang disahkan oleh dua badan iaitu Audit Bureau Circulation (ABC) dan Nielson Media Research.

Dalam buku itu, IAM juga menyatakan, akhbar paling laris di Malaysia pada tahun 2009 adalah Metro Ahad iaitu sebanyak 404,994 purata naskah sehari diikuti oleh akhbar Cina, Sin Chew Daily (380,742).

Metro Ahad juga mengungguli dalam kelas Akhbar Bahasa Malaysia yang paling laris.

Untuk Bahasa Inggeris pula, akhbar paling laris adalah Sunday Star iaitu sebanyak 295,815 naskah.

TV3 pula, menurut IAM adalah saluran tv yang paling popular iaitu menguasai sebanyak 30.3 peratus penonton pada tahun 2009. Namun peratusannya semakin menurun berbanding tahun-tahun sebelum ini iaitu 33 peratus (2007) dan 32 peratus (2008).

Ia diikuti oleh saluran TV2 iaitu menguasai 10.3 peratus pada tahun 2009, TV9 (8.7 peratus) dan NTV7 (6.1 peratus). TV1 berada ditangga ke enam dalam senarai IAM itu.

Tiada ulasan: