Isnin, Januari 17, 2011

Cikgu Mala bukti kesamarataan gender dalam Pakatan. CALON PAS DUN TENANG!!!

SUMBER
Harakahdaily   


LABIS, 17 Jan: Pengumuman Puan Normala Sudirman (dua dari kiri) atau lebih mesra dikenali Cikgu Mala sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil NO5 Tenang, disambut baik oleh Wanita PKR.

Pemilihan Cikgu Mala ini jelas membuktikan bahawa kesamarataan gender di dalam Pakatan Rakyat dan sebagai suatu lagi pengiktirafan buat kepimpinan  wanita Pakatan Rakyat secara keseluruhannya, kata ketuanya, Zuraida Kamarudin dalam kenyataannya.

Katanya, Wanita Keadilan yakin, dengan kemenangan Cikgu Mala, bukan sahaja memberi lebih peluang buat Pakatan Rakyat bersuara memperjuangkan hak rakyat negeri Johor, namun turut meletakkan kepimpinan wanita Malaysia di suatu tahap yang baharu dan disegani.

"Ini adalah sesuatu yang positif dalam menuju matlamat bersama Pakatan Rakyat yakni membentuk sebuah Politik Baru dan lanskap politik yang lebih adil buat Malaysia yang lebih baik," katanya.

Maka, dengan pemilihan Cikgu Mala sebagai calon, Wanita Keadilan akan berusaha bersungguh-sungguh bersama Wanita PAS dan Wanita DAP untuk berkempen sepanjang 22 hingga 30 Januari ini bagi memastikan calon wanita Pakatan Rakyat ini menang.

Malam tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Cikgu Mala sebagai calon dalam satu majlis di Labis.

Tiada ulasan: