SUMBER
07/01/2011 7:02pm
KUANTAN 7 Dis. - Misteri kehilangan Durrani Arfah Masrol, 3, yang dikhuatiri lemas ketika bermain air sebelum terjatuh ke longkang berhampiran rumahnya di Kampung Kubang Putat, Dungun Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di Pantai Cherok Paloh, di sini, petang semalam.
Mayat kanak-kanak tersebut ditemui seorang penduduk yang ketika itu sedang menahan pukat di pantai berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, mayat Durrani Arfah ditemui terdampar di tepi pantai dalam keadaan terlentang dengan berseluar panjang hitam tanpa baju dan masih dalam keadaan sempurna. – Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan