SUMBER
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Jan: PAS mengalu-alukan tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekian lama. ![]() Apatah lagi, kata beliau sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil. “Lanjutan dari itu, maka kami menyeru agar semua kumpulan Islam yang ada di Tunisia perlulah diberikan peluang yang adil dan saksama melalui sistem politik demokrasi dalam proses membuat pemilihan menerusi pilihanraya yang akan dilaksanakan nanti,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. ![]() Menurutnya, Islam ditekan dengan sebegitu lama sehingga menyebabkan ulama-ulamanya dikenakan tindakan yang zalim berupa hukuman dan ada yang hidup dalam buangan sejak sekalian lama. Sedangkan, ujarnya mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia, setelah puluhan tahun Islam telah dipinggirkan di negara Tunisia ini. Rakyat Tunisia berjaya menggulingkan Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali yang memerintah selama 23 tahun bermula sejak kira-kira empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara Khamis lepas. Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan Ben Ali tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai. Ben Ali kini berada di Jeddah mendapatkan perlindungan dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah selepas dihalang ke Perancis oleh Presiden Perancis Nicholas Sarkozy. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan