Sabtu, Januari 29, 2011

Suami Normala (GURU) disiasat atas dakwaan salahguna MC. TU LAH UMNO...

sumber:

Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya.

NONETimbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, berkata, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.

"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.

"Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini. 

Beliau juga mengesahkan siasatan akan dijalankan oleh bahagian pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.

-----------------------
respon : KATA KEMPEN SECARA BERHEMAH... TAPI TU LAH UMNO.. HABIS INSTITUSI PENDIDIKAN PON DIKAWAL MEREKA...

Tiada ulasan: