Jumaat, Januari 28, 2011

JOM MEMBACA : HIDUP PEDALAMAN UNTUK MALAYSIA! PERSEKITARAN TAK MENYUMBANG KETIDAKMENJADIAN MURID SEKOLAH?

 ARAK YANG BANYAK DALAM PASARAN...

 REMAJA KINI MENCABAR...

 APAKAH PELAJAR TIDAK TERTIRU DENGAN GELAGAR ARTIS DALAM TV?

 PAKAIAN YANG MENJOLOK MATA, MENGURANGKAN TUMPUAN MENUNTUT ILMU..

 KEMPEN MENCEGAH TABIAT MEROKOK SAMPAI KE MANA?

 IBUBAPA YANG KUAT BERJUDI, MENYUMBANG BANYAK MASALAH TAMBAHAN...

 IKLAN TV3 YANG DITARIK SEMULA PENAYANGAN KERANA MEMPAMERKAN PENYELEWENGAN AQIDAH.. CONTOH IKLAN YANG TIDAK BERFAEDAH..
 
 
BILA AGAKNYA GURU-GURU CEMERLANG,PENGETUA-PENGETUA CEMERLANG HADIR BERTUGAS MENABUR JASA DI SEKOLAH KAMI INI.. DIPANDANG ANTARA SEKOLAH 'BERPRESTASI RENDAH', ACAPKALI DISEBUT DALAM MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH... KATA NAZIR : "FAKTOR LUAR/PERSEKITARAN DITOLAK!".. ITULAH TAMPARAN HEBAT BERTUGAS...

BOLEHKAH ATAU LOGIKKAH PRESTASI AKADEMIK... PELAJAR YANG 'RENDAH' TAK SEPERTI SEKOLAH-SEKOLAH DI 'RANKING 1 HINGGA 3' CONTOHNYA TIDAK ADA KAITAN DENGAN 'KESALAHAN MASYARAKAT DI LUAR PAGAR SEKOLAH?

IBUBAPA TIDAK LAYAK DIPERSALAHKAN SEDIKIT? IBUBAPA TIDAK BOLEH DITEGUR SEDIKIT? PERSEKITARAN YANG MENGHALALKAN GEJALA SOSIAL ITU TAK DIPANDANG 'PENGHALANG KEPUTUSAN CEMERLANG'???

SAYA RASA DAN BERFIKIR DAN BERPANDANGAN, ADALAH TIDAK ADIL HENDAK MENYALAHKAN 100% SEKOLAH! SEKOLAH! SEKOLAH SALAH!

CIKGU TAK PANDAI! TAK PANDAI! TAK PANDAI!

TEKANAN!

6.30 PAGI KITA DIDIK HINGGALAH JAM 12.30 T/HARI> 6 JAM SAHAJA...

SELEPAS TU PELAJAR BERMALAM DI SEKOLAH KAH? MEREKA PULANG KE RUMAH DENGAN SIAPA? MEREKA BUKA TELEVISYEN TENGOK RANCANGAN APA? SIAPA KAWAN MEREKA DI RUMAH? HUJUNG MINGGU APA YANG DIBUAT OLEH PELAJAR?

NAZIR TAK PERGI MEMANTAU HAL TERSEBUT???

BENARLAH NAZIR MENJALANKAN PERINTAH MENTERI PELAJARAN!

NAMUN, UCAPKANLAH BARANG SEDIKIT TERIMA KASIH BUAT KAMI DI PEDALAMAN KALABAKAN, SABAH KERANA SANGGUP MEMIKUL AMANAH ALLAH INI... HARGAILAH BARANG SEDIKIT PENGORBANAN INI.. JAUHNYA PERJALANAN ULANG ALIK 134KM PERGI BALIK... RISIKO KEMALANGAN DAN KESELAMATAN SENTIASA ADA..

JIKA WARGA CEMERLANG SANGGUP BERKORBAN UNTUK UMMAH INI, APA SALAHNYA PPD MEROMBAK PENEMPATAN GURU-GURU CEMERLANG KE SEKOLAH-SEKOLAH BERPRESTASI RENDAH.. NAIKKAN PRESTASI SEKOLAH INI!

TAK MANISLAH JIKA ASYIK DISALAHKAN.. SEKOLAH INI LEMAH.. SEKOLAH NI CIKGU-CIKGU MALAS KOT?..

AMBOI-AMBOII....

BESTNYA ANDA BERBICARA... MAILAH SINI! TRY LA BANTU... JANGAN MAIN TUNJUK JARI JARAK JAUH!!!

TAHNIAH BUAT WARGA PEDALAMAN KALABAKAN!

SMK WALLACE BAY, SMK UMAS-UMAS, SMK KALABAKAN

HIDUP PEDALAMAN UNTUK MALAYSIA!

Tiada ulasan: