Sabtu, Januari 22, 2011

PRK Merlimau: BN akan letak calon popular di kalangan rakyat?

SUMBER

22/01/2011 8:08pm

PEKAN, 22 Jan. - Barisan Nasional (BN) Melaka akan menurunkan calon popular di kalangan rakyat bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Pengerusi BN Melaka itu berkata, BN negeri akan mengambil pendekatan yang disaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memilih calon yang boleh memenangi pilihan raya. 


"Calon popular di kalangan rakyat boleh menang, kalau dulu popular dalam parti tetapi di luar tidak popular, undi susahlah sikit,”

katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan perasmian Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) oleh Perdana Menteri di sini, hari ini. - Bernama

Tiada ulasan: