Sabtu, Januari 29, 2011

Gunung berapi Shinmoedake hambur debu.. MA SYA ALLAH!

SUMBER

Asap dan debu tebal dihamburkan dari kemuncak gunung berapi Shinmoedake dilihat dari pekan Takaharu di daerah Miyazaki, kelmarin. - REUTERS


TOKYO 28 Jan. - Perkhidmatan kereta api dan kapal terbang ke Miyazaki di barat daya negara ini ditangguhkan hari ini ekoran asap dan debu tebal yang dihamburkan ke udara oleh gunung berapi Shinmoedake.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gunung setinggi 1,421 meter di banjaran Kirishima itu yang terletak antara Kagoshima dan Miyazaki telah mengeluarkan asap dan debu tebal sejak Rabu lalu.

Letusan tersebut menyebabkan syarikat penerbangan All Nippon Airways dan Japan Airlines membatalkan beberapa penerbangan dari dan ke Miyazaki, manakala syarikat kereta api JR Kyushu Railway menangguhkan perkhidmatannya di kawasan yang terjejas.

Di pekan Takaharu yang terletak berhampiran gunung berapi tersebut, 31 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan semalam.

Tiada ulasan: