Isnin, Januari 24, 2011

Kelantan taja 30 pelajar Palestin. HIDUP KELANTAN!





SUMBER
Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan telah menaja 30 orang rakyat Palestin dalam program pendidikan sebagai usaha membantu masyarakat tersebut mendapatkan ilmu bermanfaat untuk membangunkan semula negara mereka.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dauko Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata ianya selaras dengan kehendak rakyat Palestin sendiri yang perlukan ilmu terutama bidang kedoktoran dan ekonomi agar lahir lebih ramai golongan berilmu di negara terbabit.

Beliau berkata demikian ketika memberitahu media selepas meraikan lima orang rombongan dari Kementerian Luar, kerajaan Hamas, Palestin yang diketuai Hani Abu Ubaidah yang juga ketua jurucakap kerajaan berkenaan, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Luarnya, Dr Mahmood Abu Zakaria.

Menurut Tuan Guru, hanya ilmu pengetahuan yang tinggi dapat membantu sesebuah negara.

Tiada ulasan: