Isnin, Januari 24, 2011

Pas dicabar bertanding di semua 222 kerusi. MENGAPA HARAM MENGUNDI UMNO? TAK MAU KAJI KA?

SUMBER


AHMAD Maslan bersalaman dengan Jaamah Jais (duduk atas kerusi) ketika mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Suria dan Taman Sinar Emas, semalam.


LABIS 23 Jan. - Pas dicabar bertanding di semua 222 kerusi pilihan raya di seluruh negara sekiranya mereka ingin terus memainkan fatwa bahawa mengundi UMNO adalah haram. 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika benar fatwa itu untuk menyelamatkan umat Islam di negara ini, parti pembangkang berkenaan harus berani untuk bertanding di semua kerusi di seluruh negara.

"Mengundi Pas wajib syarie dan mengundi UMNO haram syarie. Itu jelas fatwa politik yang songsang dan amat merbahaya. Ia hanya fatwa politik dan kalau betul mereka begitu, kenapa tidak bertanding di semua kawasan pilihan raya untuk selamatkan semua umat Islam.


"Kenapa perlu bergabung di tempat tertentu dan bagi DAP bertanding. Apakah di tempat DAP bertanding tidak ada umat Islam? Ia memang hanya fatwa politik songsang dan amat dikesali kerana terus dimainkan pada ketika ini," katanya kepada Utusan Malaysia semasa mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Suria dan Taman Sinar Emas di sini hari ini.

Tiada ulasan: