Sabtu, Januari 22, 2011

Muhyiddin: Elok bagi guru setia kepada kerajaan. TPM LANCAR PROGRAM BARU> Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat Johor


Jan 22, 11 10:42pm
Kongsi 0
Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan.

tenang by election nomination day 220111 shahidan kassim muhyiddin yassin"Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru sebagai seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutamanya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.

azlanMuhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat Johor, di Pagoh, hari ini. Hadir sama, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran.

Markom menimbulkan kontroversi awal bulan ini apabila kegiatannya berkempen untuk BN di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube.

Dia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".

NONEKata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya dan tindaklan itu merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong,".

Tambahnya lagi, jika guru-guru didapati menentang kerajaan, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.

Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.

Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.
 
Akibat tindakannya itu, PAS Johor pada 7 Januari lalu, membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor itu mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Tiada ulasan: