Ahad, Januari 23, 2011

(update) PANAS BERAPI - Jentera BN disabotaj penyokong sendiri? UMNO Tenang pecah 3 puak DARI http://albanjarionline.blogspot.com

SUMBER


Calon Umno-Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim menolak bulat-bulat dakwaan bahawa beliau “diboikot” kepimpinan Umno Labis ekoran pemilihannya sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang. Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini.

Mohd Azahar menegaskan dakwaan itu tidak benar dan fitnah semata-mata mahu menjejaskan imej beliau. “Tak ada... tak ada... itu satu fitnah. Itu adalah politik, dakwaan itu tidak benar, ia adat politik,” katanya sedikit gementar selepas mengadakan lawatan di Pasar Awam Labis di sini pagi tadi.

(*) Mengikut kitab ahli UMNO - jika tidak ada itu bermakna ADA. Tanpa angin, masakan pokok boleh bergoyang. Tok Ai makin tertekan, spekulasi makin kuat..berlakunya pemboikotan. Baca seterusnya dibawah...


Seperti yang diduga, pos BN disabotaj sendiri oleh penyokong BN yang tidak merestui Tok Ai ditabalkan menjadi calon  di DUN Tenang. Pos BN dibiarkan 'kosong'. Kerusi dan meja sebelum ini berada disetiap pos tiba-tiba ghaib dari pandangan.

Kelmarin, Agensi Berita ABC telah memaparkan konflik yang melanda beberapa pimimpin Bahagian Labis. Baca di SINI.  Malah dari konflik yang timbul menyebabkan jentera parti BN/UMNO di DUN Tenang kini telah berpecah kepada 3 puak.

" Isunya, Tok Ai dipilih atas dasar yang tidak memenuhi hasrat dan harapan ahli UMNO di situ. Beliau bukan calon yang tepat untuk berkhidmat kepada penduduk di DUN Tenang seterusnya meneruskan legasi Perdana Menteri.." itulah situasinya yang dapat diterjemahkan dari bisik-bisik pengundi di Pekan Labis pagi ini.

Menyorot kembali kata-kata Hashim yang juga bapa saudara kepada Tok Ai bahawa "pemilihan Azahar atau Tok Ai memang sudah dijangka, malah perkara yang digembar gemburkan bahawa “keluarganya menguasai” untuk jawatan tertentu di kawasan Labis itu adalah benar belaka. 

“Setengah daripada Labis ini adalah saudara maranya, maka ia akan memberi kelebihan untuk beliau untuk dicalonkan ,” menyebabkan sebahagian pengundi mula menolak calon BN itu dan mengharapkan agar hanya saudara mara dan kaum keluarganya ( Tok Ai ) saja mengundinya, tetapi bukan penduduk Labis.

Tinjauan yang dilakukan oleh Agensi Berita ABC di Pekan Labis (cina), dan disekitar kawasan penempatan Felda (melayu) menunjukkan peratus penolakan keatas beliau ( Tok Ai ) adalah tinggi. 

Data terkini yang tiba dimeja Agensi Berita ABC pagi ini menunjukkan bahawa terdapat 13 Pos BN disabotaj sendiri oleh penyokong BN di DUN Tenang. Sekiranya hal ini tidak diambil tindakan yang segera besar kemungkinan beberapa pos BN lagi mungkin mengalami nasib yang sama, di SABOTAJ penyokong sendiri. 

Berita yang baru diterima, sejak malam tadi, Muhyiddin Yassin yang marah diatas apa yang berlaku telah mengarahkan agar pos-pos BN yang disabotaj diisi segera oleh petugas-petugas 'baru' BN.

Khabarnya individu-individu dibelakang perbuatan sabotaj itu sukar untuk dikenalpasti oleh jentera parti BN/UMNO. Ini kerana 'dasar' UMNO yang sejak dari dulu menjunjung budaya 'cah keting' itu adalah satu tindakan suci didalam parti.

Kenyataan Perdana Menteri di Pekan, baca di SINI ada benarnya. Muhyiddin telah melakukan DOSA BESAR kepada UMNO Labis sekiranya calon 'last minute'nya kalah didalam pilihanraya kecil DUN Tenang kali ini.


Hal ini menyebabkan Muhyiddin kini 'tertekan' lebih-lebih lagi berlakunya perbuatan sabotaj yang tidak dijangkakannya dilakukan oleh penyokong BN/UMNO di Tenang.


Foto (kanan) menunjukkan Timbalan Ketua Pemuda Labis sedang berSMS, pagi kelmarin. Alangkah seronoknya jika pembaca dapat tumpang sekali membacanya. Adakah SMS itu ditujukan kepada calon DUN Tenang pagi semalam ? 

Jika dibaca dari gaya bahasa badan, SMS yang ditulis dan dibaca oleh calon pagi itu bukan sms yang 'biasa'. Mungkin kerana SMS ini, menyebabkan muka calon BN kelmarin tiba-tiba jadi ketat dan seperti tidak bermaya. Lihat di sini

Berita selanjutnya akan menyusul..

Tiada ulasan: