Selasa, Januari 18, 2011

Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib. PM PERLI DS ANWAR???



Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengulagi cabaran debatnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kedudukan ekonomi dan fakta dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Difahamkan Anwar telah menghantar surat cabaran keduanya tersebut kepada Najib hari ini, selepas seminggu menunggu jawapan dari cabaran terbuka yang diutarakan minggu lalu.



Dalam satu salinan surat tersebut yang dihantar kepada Harakahdaily, Anwar memaklumkan beliau mahu sekali lagi menjemput Najib untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu sama.
"Hutang negara juga telah melonjak lebih dari 50% buat pertama kali dalam sejarah. Perbahasan ini ternyata mustahak dan berkepentingan umum," kata Anwar dalam surat tersebut.

Najib sebelum ini mendakwa tawaran 100 hari pakatan Rakyat yang terkandung dalam Juku Jingga tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, populis dan akan memufliskan negara.

Ekoran itu, Anwar mempelawa Najib agar berdebat secara terbuka berhubung perkara itu, pada satu sidang media khas minggu lalu.

"Kami menyangkal tohmahan tersebut kerana belum berlaku dalam sejarah sesebuah negara itu muflis apabila melaksanakan tatakelola yang baik dan berusaha meringankan beban rakyat," petik surat itu lagi.

Sehubungan itu katanya, Najib diharap menerima pelawaan tersebut bagi memberi maklumat tepat kepada rakyat agar mereka mampu membuat penilaian yang sebenar.

"Saya yakin hujah yang bakal diutarakan oleh YAB Datuk Seri dan saya selaku Ketua Pembangkang mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara,"katanya.

Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya kepada peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini, menolak cabaran debat oleh Anwar.

Presiden Umno itu memberi alasan, beliau bukan takut tetapi mahu Anwar menyelesaikan terlebih dahulu masalah peribadinya khususnya berhubung isu liwat.

"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib.

Tiada ulasan: