Majdan Dagang |
AMPANG, 22 Jan: Kiai Hassan Shazali Ahmad Shuhud, Mursyid Am Perkid merangkap mudir Darul Islah Sabak Bernam menegaskan bahawa kerajaan atau umara bertanggungjawab dalam membanteras gejala sosial yang berleluasa di Malaysia pada hari ini. Pandangan beliau ini dikemukakan ketika menjadi ahli panel dalam forum perdana “Gejala Sosial Makin Parah, Antara Cabaran Dan Strategi Menanganinya”. ![]() (Gambar: Masridzi (kiri), Mohd Farhan, Nahrawi dan Hassan Shazali.) “Perlaksanaan sistem pendidikan Islam (mata pelajaran Pendidikan Islam) hendaklah diwajibkan sebagai satu cara menangani gejala sosial ini, tetapi apa yang berlaku, mata pelajaran sejarah pula dicadangkan sebagai mata pelajaran wajib,” ujar Mohd Farhan. Selain itu, beliau menekankan peranan ibu bapa itu sendiri sebagai ketua keluarga di rumah dalam menangani masalah gejala sosial. Katanya, jika kedua ibu bapa berjaya menunjukkan contoh yang baik dan melatih anak-anak solat dan mengajar tentang Islam, masalah itu dapat dikurangkan malah dihapuskan. Forum yang berakhir kira-kira jam 11.30 malam itu turut dihadiri anak yatim dan miskin daripada Perkid. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Ahad, Januari 23, 2011
Kerajaan bertanggungjawab cegah gejala sosial???
SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan