PAPARAN sidang video Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang muncul buat pertama kali di kaca televisyen negara itu awal hari ini sejak tunjuk perasaan besar-besaran meletus bagi mendesaknya melepaskan jawatan. - Foto AP
Jan 29, 2011 10:23 am
Jan 29, 2011 10:23 am
PENUNJUK perasaan yang menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur berkumpul di sekitar dataran menempatkan tugu Jeneral Abdul Moneim Riyad di ibu negara, Kaherah, malam tadi. Riyad adalah panglima artileri tentera Mesir yang terbunuh pada 1973 ketika Perang Mesir-Israel. - Foto AFP
API marak memusnahkan balai bomba yang dibakar penunjuk perasaan yang menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak manakala polis anti rusuhan berkawal di utara Mesir. - Foto AFP
Jan 28, 2011 11:32 am
Jan 28, 2011 11:32 am
SUMBER :
Dengan wajah yang muram, Mubarak yang muncul di kaca televisyen negara itu, awal hari ini berkata, protes antikerajaan itu adalah 'sebahagian daripada perancangan untuk mengucar-kacirkan kestabilan dan keamanan' dalam sistem politik negara itu.
Penunjuk perasaan mahu pentadbiran selama lebih 30 tahun Mubarak berakhir selepas kerajaan gagal menyelesaikan kemiskinan di negara yang mempunyai 80 juta penduduk itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan