33
Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang yang dijadualkan esok dijangka memihak kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim. Namun hasrat Umno untuk meraih majoriti melebihi lima ribu undi diramalkan tidak kesampaian.
BN dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi.
Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus).

Tinjauan selama dua hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi di DUN berkenaan.
Seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan dijadikan sampel kajian ini.
Berdasarkan kajian ILHAM, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan.
Azahar lebih popular
Faktor parti diwakili 62.5 peratus daripada keseluruhan responden.
Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing.

Isu serangan peribadi kerana Normala mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki didapati tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat.

Kajian juga memdapati jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutamanya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS.
Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan.

Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM mendapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina.
Tiada bendera BN
Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.
Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan