Jumaat, Januari 07, 2011

Pihak tuduh Beng Hock bunuh diri perlu minta maaf

SUMBER
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 6 Jan: Keputusan mahkamah koroner semalam jelas menunjukkan pandangan pihak tertentu khususnya media pro Umno BN bahawa mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri adalah salah.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tohmahan awal oleh pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja salah, namun tidak menghormati pihak keluarga dan keputusan mahkamah.

"PAS mendesak supaya pihak media yang membuat tohmahan sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia amnya dengan mengeluarkan kenyataan penuh bagi menghormati keputusan mahkamah," gesanya.

Koroner Azmil Muntapha Abas semalam tidak dapat memutuskan sama ada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut sebagai penghakiman terbuka atau "Open Verdict".

Azmil ketika membuat penghakiman berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, mahu siasatan sepenuhnya dibuat dengan menubuhkan suruhanjaya diraja.

"Masa yang lama diambil dalam siasatan koroner telah menunjukkan tidak ada penyelesaian yang konkrit dalam kes ini," tambahnya lagi.

Ekoran itu juga, beliau turut mencadangkan supaya pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan mangsa pada malam kejadian, digantung tugasnya bagi memudahkan siasatan dijalankan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Sementara itu, mengulas isu sama, Presiden Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan turut sependapat dengan pandangan Tuan Ibrahim.
Beliau dalam reaksi spontannya semalam mendakwa penghakiman terbuka tersebut telah menolak teori SPRM bahawa kematian Teoh disebabkan bunuh diri.
“Kenyataan bodoh SPRM tentang bunuh diri kini satu penipuan. Mesti ada orang yang kena bertanggungjawab,” kata melalui Twitter.

Inkues yang telah berlangsung selama 18 bulan tersebut diibaratkan banyak pihak sebagai membazir waktu kerana kes tersebut masih tergantung.

Keputusan inkues semalam turut memberikan tamparan hebat kepada keluarga Teoh yang telah menunggu sekian lama untuk mencari jawapan terhadap kematian Teoh.

Turut berkongsi pandangan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
“Keputusan inkues yang telah menidakkan teori bunuh diri dan mengesahkan terdapat kecederaan pada Beng Hock sebelum jatuh adalah satu bukti kesalahan pada pihak SPRM dan polis dan juga satu munasabah yang kuat untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, The Malaysian Insider hari ini melaporkan bahawa kemungkinan besar kabinet Datuk Seri  Najib Razak akan mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya diraja minggu hadapan selepas perbincangan diadakan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.
------------------------------
RESPON : KALAU TAK SALAH DENGAR, PM BERSETUJU SURUHANJAYA DI RAJA DITUBUHKAN!!!

Tiada ulasan: