Selasa, Januari 18, 2011

Pesakit mental meningkat 15.6 peratus tahun lalu: Liow

 APA YANG ANDA SAKSIKAN BERPUNCA TINDAKAN YANG GAGAL MENGAWAL MENTAL...

--------------------------------------------------------------------
SUMBER

2011/01/18

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental, di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan.

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun 2009,” kata Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini, hari ini. 

Beliau berkata, peningkatan angka itu dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental dijangka akan terus meningkat pada kadar 15 peratus menjelang 2020.  

Menjelang 2020 juga, salah satu dari gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung iskemia,” katanya.

Tiada ulasan: