Selasa, Januari 04, 2011

'Tak perlu panggil pariah'.. susulan kemarahan NGO terhadap novel Interlok..

sumber

Tambahnya (Pengerusi Gabungan NGO India Malaysia Datuk A Vaithilingam), isu yang dipertikaikan bukanlah penggunaan istilah "pariah" yang digunakan dalam Interlok yang ditulis Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain (bawah, kiri) itu.

"Isu yang sebenar adalah (tindakan) memperkecil-kecilkan masyarakat India (melalui buku tersebut).

NONE"Anda perlu ingat, interpretasi yang diberikan di dalam buku ini tidak boleh diterima. Mungkin benar bahawa pekerja (dari India) dibawa untuk bekerja di sini, tapi anda tidak parlulah memanggil mereka dengan nama pariah dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, pengerusi bersama gabungan NGO berkenaan, K Arumugam pula berkata, perkara yang perlu diberi perhatian adalah kesan yang wujud dalam pemikiran pelajar, hasil daripada penggunaan buku berkenaan.

"Novel ini ditulis berdasarkan maklumat sejarah jadi ia perlu tepat. Jika gambarannya salah, ia merupakan satu bencana intelektual," katanya dalam sidang media yang sama.

Katanya, penulis novel berkenaan perlu menjalankan kajian mendalam sebelum ia diterbitkan untuk memahami latarbelakang sejarah yang berlaku ke atas masyarakat tersebut.

NONEBeliau memberi contoh satu kertas berhubung satu kajian ke atas masyarakat India di kawasan bandar yang dijalankan antara tahun 1920 hingga 1940.

"Perkataan pariah langsung tidak disebut dalam kertas itu," katanya yang menjelaskan bahawa kertas berkenaan telah menjelaskan bagaimana masyarakat India dari golongan pekerja berubah menjadi golongan nasionalis.

"Kenapa perkara itu tidak dimasukkan (dalam Interlok)? Buku seperti ini perlu menjadikan kita bangga dengan negara ini, bukan memecah-belahkan kita," tambahnya.

Tiada ulasan: