Selasa, Januari 04, 2011

Polis Sabah guna konsep `payung' tingkat kehadiran polis di tempat awam

SUMBER

03/01/2011 5:38pm

SANDAKAN 3 Jan. - Polis Sabah akan menggunakan konsep 'payung' bagi meningkatkan kehadiran anggota polis di kawasan tumpuan orang ramai di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, menerusi konsep itu, tiga anggota bertugas pada setiap masa dengan dua daripadanya akan meronda, manakala seorang lagi duduk di bawah payung.

Anggota yang bertugas di bawah payung itu berperanan menerima aduan orang ramai dan melalui konsep ini juga mereka akan hanya berada di satu-satu kawasan selama dua jam sebelum bergerak ke kawasan lain, katanya hari ini.

"Pendekatan ini yang telah digunakan di Selangor bukan sahaja dapat memberi keyakinan orang ramai dengan kehadiran polis tetapi mampu mencegah jenayah di kawasan tumpuan orang awam," katanya.

Tiada ulasan: