Mohd Shubihi Muhamad Zain |
ALOR SETAR, 6 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berjanji akan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membolehkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan penyelewengan di dalam anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC). Pemuda Barisan Nasional (BN) melalui ketuanya, Badrol Hisham Hashim telah membuat laporan kepada SPRM pada 3 Disember lalu yang mendakwa wujudnya penyelewengan dalam pemberian kontrak pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin). Azizan dalam kenyataan akhbar berkata, beliau menyerahkan sepenuh keyakinan kepada SPRM dan turut berjanji tidak akan campur tangan atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti bersalah. Beliau juga meminta pihak yang membuat laporan (pemuda BN) agar bertanggungjawab dan memberikan kerjasama kepada SPRM serta bersedia untuk menyerahkan semua bukti bagi membantu siasatan. Namun, Azizan juga mahukan SPRM bersedia untuk menafikan dakwaan atau mendedahkan hasil siasatannya jika tidak berlaku penyelewengan seperti laporan tersebut. ----------------------- RESPON : TAHNIAH UST AZIZAN ATAS KEIKHLASAN DALAM MEMANGKU JAWATAN YANG AMAT MENCABAR! |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Khamis, Januari 06, 2011
Kuin: MB Kedah janji beri kerjasama pada SPRM. PEMBINAAN KUIN MENGUNDANG RASUAH DI KEDAH??
SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan