Azizi Abdullah |
Salah satu Lata di Kedah dipercayai dijangkiti kuman ’phatogenik leptopspira’ atau kencing tikus. Entah apa bendanya phatogenik leptospira, sama dengan kita jarang tenguk tikus sedang kencing. Kencing ialah perbuatan makhluk membuang air kecil, baik secara beradap atau tidak beradap. Anjing kencing pakai angkat sebelah kaki. Kucing juga kengkiang kaki sebelah lalu pancut di tayar kereta atau di tepi pasu bunga. Gajah kencing sampai bertimba-timba airnya yang mungkin kalau lima ekur kencing sekaligus, kawasan mereka akan banjir. Tapi anihnya tak pula timbul penyakit ‘kencing anjing, kencing kucing, kencing gajah.’ Ada pepatah Melayu yang tak rasmi; ‘Dia dah kencing aku’. ‘Sudah berapa ramai orang yang kena kencing dengannya’. ‘Bahagian itu pun kena kencing’. Ertinya apabila ditipu, dilangsam, tidak menunaikan tanggung jawab, lari dari membayar hutang, memberi erti perkara yang tidak baik, timbullah kata sindir dengan perkataan ‘kencing.’ Rupa-rupanya ‘kencing’ ini berlaku pula dalam politik dan sesebuah kerajaan yang ditadbir oleh orang-orang politik. Apabila saman ekor menjadi isu di mana-mana melibatkan orang politik masuk campur, tiba-tiba ‘kencing’ rupa-rupanya digunapakai oleh sebahagian orang. Menteri Besar Kedah dalam kenyataan akhbar baru-baru ini kesal kerana saman ekor yang bernilai lebih RM390,000 adalah hasil dari kerajaan Umno Kedah sebelum Pas memerintah 2008, yang tidak membayar saman-saman tersebut sehingga menyukarkan kerajaan kini menukar lesen kenderaan yang baru dibeli. Seterusnya.http://www.harakahdaily.net/v2 |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Jumaat, Ogos 13, 2010
Umno Kedah dan kencing tikus. Menarik tulisan abang Azizi Abdullah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan