Jumaat, Ogos 13, 2010

Hiba anak dibunuh kejam. Sayunya di bulan Ramadhan.. Jenayah Makin Parah!

Malaysia



Hiba anak dibunuh kejam

SUNGAI PETANI 12 Ogos - Sambutan Ramadan tahun ini, mungkin tidak meriah seperti sebelumnya buat sebuah keluarga peniaga ikan, Che Sam Md. Amin (gambar), 44, di sini.

Keluarga dari Flat Paya Nahu itu terpaksa menerima hakikat mereka kehilangan salah seorang insan tersayang, Noraini Ahmad, 20, gadis yang dirogol sebelum dibunuh kejam.

Anak sulung daripada tiga beradik hasil perkongsian hidup dengan Ahmad Mahmud, 54, itu ditemui mati di kawasan ladang getah di Kampung Rusa dekat Taman Kelisa Ria, di sini semalam.

Bagi Che Sam, perasaan yang dilaluinya bukan alang kepalang kerana hilang cahaya mata di saat kebanyakan umat Islam baru saja menyambut Ramadan. Teruskan http://www.utusan.com.my/
------------------------
respon: sampai bila rakyat Malaysia atau warga luar yang akan respect HUKUMAN cIPTAAN mANUSIA???

Tiada ulasan: