Sabtu, Ogos 07, 2010

SPR wajar daftar pemilih automatik

Mohd Nasir Awang   
Semakin sukar dimengertikan apa lagi yang membelenggu para penguasa di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga masih sukar mempertimbangkan cadangan agar pendaftaran pemilih baru dibuat secara automatik. Setelah badan itu sendiri bagaikan kehabisan idea menyelesaikan masalah tahap pendaftaran pengundi baru yang terlalu tidak memuaskan, apa juga kemungkinan merungkai permasalahan tersebut sepatutnya diperhalusi.

Akhir Jun lalu, SPR mendedahkan terdapat kira-kira 4.3 juta warga negara yang berusia 21 tahun ke atas, yakni layak mengundi, tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu. Isu berkenaan dihangatkan lagi oleh pendedahan kononnya pengundi Melayu adalah yang paling malas melaksanakan tanggungjawab tersebut.   
-----------------------------
respon : Kerajaan punya ramai pakar IT.. kan ker info rakyat Malaysia dah ada di Jab Pendaftaran.. so, bleh sahaja auto siapa yang ada IC layak masuk sistem SPR... mengapa bayar pulak kepada Penolong Pegawai SPR  (wakil parti) untuk buat kerja 2x?

Tiada ulasan: