Sabtu, Ogos 07, 2010

Gunung Karangetang Indonesia meletus, empat hilang

Gunung Berapi Iceland (kanan) yang meletus baru-baru ini menimbulkan 'perubahan ekonomi dunia'.. Bukti Allah Berkuasa atas manusia
------------------------------------------------------

Gunung Karangetang meletus, empat hilang 

utusan.com.my

07/08/2010 2:57am

JAKARTA 7 Ogos - Empat orang dilaporkan hilang selepas salah sebuah gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus lalu memuntahkan lava dan abu panas lewat malam semalam, kata seorang pegawai kerajaan.

Gunung Karangetang yang mempunyai ketinggian 1,784 meter itu terletak di pulau Siau di wilayah Sulawesi.

Pakar gunung berapi dari Pusat Bencana Geologi, Surono berkata, hujan yang turun dengan lebat adalah punca kepada terjadinya letusan berkenaan. - AFP

Tiada ulasan: