Sabtu, Ogos 07, 2010

Pengurus Besar Sime Darby Holdings Bhd. dituduh rasuah! Inikah yang habiskan duit rakyat?

Pengurus Besar Sime Darby Holdings Bhd. dituduh rasuah

SHAH ALAM 6 Ogos – Seorang Pengurus Besar di Sime Darby Holdings Bhd. dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM99,000 serta menggunakan maklumat harga bidaan tanpa kebenaran syarikat, dua tahun lalu.
Zamri Mohd. Iderus, 39, (gambar) yang memegang jawatan Pengurus Besar Sime Darby Marine/Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan/Projek Antarabangsa mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Tertuduh didakwa menerima rasuah dalam bentuk dua keping cek bernilai RM99,000 daripada seorang pelabur syarikat Arrow Platform (M) Sdn. Bhd., Kamarudin Hussin di Warung Junction, The Summit Hotel, Persiaran Kewajipan, USJ 1, UEP Subang Jaya pada pukul 8 malam, 7 November 2008.
----------------------------
respon : tambahan info > 
klik http://ms.wikipedia.org/wiki/Sime_Darby
 
Sime Darby adalah syarikat multinasional konglomerst yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri perladangan, hartanah, industri, motor , tenaga dan prasarana serta hospitaliti. Sime Darby tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Pada Januari 2007, 3 syarikat multinasional iaitu Guthrie Berhad, Golden Hope dan Sime Darby digabung menjadi Synergy Drive . Pada 27 November 2007 ia ditukar nama kepada Sime Darby Berhad sahaja.

Tiada ulasan: