Rabu, Ogos 11, 2010

Mansuh ISA: 4 tarik balik pengakuan bersalah


 

Mansuh ISA: 4 tarik balik pengakuan bersalah
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Empat orang kena tahan (OKT) Himpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos lalu hari ini menarik balik pengakuan bersalah  yang dibuat dalam sebutan kes berkenaan semalam.
Empat mereka iaitu Mohd Fazly Mohd Ismail, Mohd Fitri Mohd Yasin, Wan Muhammad Jazlan Razali, dan Syaza Muaz Shaharudin menarik balik pengakuan bersalah mereka di hadapan Hakim Ainul Sharin Mohamad di Mahkamah Sesyen Jenayah 12, Jalan Duta.
Menurut salah seorang OKT, Aiman Athirah Al Jundi, mereka membuat pengakuan bersalah tersebut kerana 'tidak tahan' dengan gangguan dan tekanan daripada polis cawangan khas (SB).
(Gambar: Sebahagian OKT menunggu perbicaraan hari ini.)

OKT yang mengaku bersalah hanya perlu membayar RM500 dan tidak perlu menghadiri perbicaraan lagi.

Namun setelah perbincangan dilakukan dengan semua OKT, mereka, kesemuanya bersetuju menarik balik pengakuan bersalah dalam sebutan kes hari ini.

Kisah lanjut, klik di  sini http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28082:mansuh-isa-4-tarik-balik-pengakuan-bersalah&catid=1:utama&Itemid=50
----------------------
respon : Masa kerajaan buat diskusi dan jemput NGO.. NGO mana yang dijemput hingga keputusan awal yang disebut bahawa majoriti jemputan SOKONG ISA'? 

Tiada ulasan: