Nizar cadang Saiful bersumpah di masjid sekali lagi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Mohd Saiful Bukhari Azlan dicadangkan supaya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk membersihkan namanya dengan bersumpah sekali lagi di masjid ekoran tuduhan hubungannya dengan seorang timbalan pendakwaraya Farah Azlina Latif. Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam laman twitternya berkata, "Bulan Ramadhan lebih baik bagi Saiful bersumpah seperti mana pernah dibuatnya dalam masjid dulu perihal penafian hubungannya dengan DPP Farrah Azlina." Cadangan Nizar itu dipercayai dibuat ekoran dakwaan Saiful mempunyai hubungan romantis dengan salah seorang anggota pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Farah Azlina. Ekoran dakwaan itu, Peguam Negara telah menggugurkan Farah dari pasukan itu dan dikeluarkan juga dari bahagiannya sekarang. (Gambar fail: Saiful kanan sekali bersama pasukan pendakwa. Farah adalah tiga dari kiri) Dakwaan ini bermula apabila blogger Raja Petra Kamarudin menulis dalam blognya, Saiful mempunyai hubungan dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa ke liwat II Anwar itu. Saiful dan Farah dikatakan masing-masing telah bertunang sebelum ini namun kedua-duanya sudah putus dengan tunang masing-masing. Namun, serius manakah hubungan antara kedua-duanya tidak diketahui kerana usaha pasukan pembela Anwar untuk membawa kedua-dua ke kandang saksi ditolak oleh hakim perbicaraan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan