Selasa, Ogos 10, 2010

Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri<< akhirnya terjawab..

Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri
Ogos 10, 10 4:53pm
Kongsi 7


Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

K

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.

Pada kejadian pada jam 11 pagi Selasa lalu di kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Abdul Aziz, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.Polis juga menjumpai kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

----------------
respon : kita doakan agar hukum Islam tertegak.. Islam akan jaga semua aspek kehidupan..

Tiada ulasan: