Selasa, Ogos 10, 2010

766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta, ekoran didakwa ditipu FELDA!

Harakahdaily   
SEREMBAN, 9 Ogos: Seramai 766 peneroka Felda Serting Negeri Sembilan memfailkan saman di Mahakamah Tinggi hari ini terhadap Felda dan menuntut gantirugi sebanyak RM200 juta.

Mereka mendakwa Felda telah menipu mereka dan menyebabkan mereka menanggung kerugian yang besar.


Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit".


Tuntutan saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2 pada jam 10.45 pagi tadi melalui peguam yang dilantik Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya.

Sivarasa dalam satu sidang media di perkarangan mahkamah memberitahu, tindakan itu diambil setelah meneliti satu kes yang sebelum ini berlaku di Felda Kemahang 3 Kelantan yang mendapati wujud penipuan terhadap kadar perahan gred (KPG) yang telah dikemukakan oleh peneroka.
---------------------
respon : Doakan kami menang!

Tiada ulasan: