Rabu, Ogos 11, 2010

Tee Boon Hock dipecat ahli majlis MPK, Selangor! Bukti ketelusan Kerajaan PR!


Harakahdaily   
SHAH ALAM, 11 Ogos: Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk memecat bekas pegawai khas Exco kerajaan negeri, Tee Boon Hock (gambar) sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkuatkuasa 6 Ogos lalu.

Keputusan tersebut telah diambil setelah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan hasil siasatan yang mendapati Encik Tee ada melakukan perbuatan yang menyalahi etika dalam pengeluaran surat sokongan untuk mendapatkan peluang perniagaan.

Dato’ Menteri Besar telah memaklumkan keputusan ini kepada Yang DiPertua MPK yang telah pun membuat tindakan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, Kerajaan Selangor menyerahkan kepada pihak polis sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah dalam kes ini.

Tiada ulasan: