Isnin, Ogos 09, 2010

Saman ekor.. di mana silap sebenarnya? Ikut kacamata Peguampas.blogspot.com Sdr Hanipa Maidin..

ARKIB : 08/08/2010

Monday, August 02, 2010

SAMAN EKOR-POLIS JANGAN JADI MAFIA !!!

OLEH : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN(Peguam Pas). Klik di sini untuk detail www.peguampas.blogspot.com

Apabila kita bercakap tentang saman ekor kita sebenarnya bercakap tentang kegagalan pihak polis memahami prinsip keadilan asas di dalam undang-undang jenayah iaitu seseorang itu dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Prinsip ini boleh dikatakan bersifat sejagat dan dipakai di serata dunia. 

Bagi pihak polis apabila pemilik ada saman ekor dan masih belum dibayar ia secara ipso facto ( dalam keadaan begitu ) bererti pemilik kenderaan dikira ada kes tertunggak dan sekaligus lesen memandu dan cukai jalan tidak boleh diperbaharui melainkan dibayar kompaun saman ekor itu terlebih dahulu.

Tafsiran harfiah pihak polis tersebut jelas bertentangan dengan prinsip asas undang-undang jenayah yang saya sebut di awal artikel ini iaitu seseorang dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah.

 ----------------------------------------------

Saman ekor dibincang minggu depan

utusan.com.my

HULU TERENGGANU 7 Ogos - Kata putus berhubung tindakan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor dijangka dibincangkan minggu depan. 

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan memberitahu, satu mesyuarat akan diadakan melibatkan pelbagai agensi termasuk pihaknya, polis, Institut Keselamatan Jalan Raya (Myros) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

''Perkara ini akan dibincangkan dalam satu mesyuarat minggu depan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Hulu Terengganu di Sungai Berua di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas desakan pelbagai pihak yang meminta saman ekor dan langkah menyenaraihitamkan pemilik kenderaan dikaji semula.

Tiada ulasan: