Penduduk Kedah jangan panik – Dr. Marzukhi
SUNGAI PETANI 5 Ogos – Jabatan Kesihatan negeri menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dengan wabak kencing tikus atau leptospirosis kerana ia masih terkawal.Pengarahnya, Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, setakat ini, hanya satu kes melibatkan kematian dikesan di negeri ini berbanding enam di Lubuk Yu, Pahang, baru-baru ini.
Menurut beliau, penyakit kencing tikus juga tidak merebak atau berjangkit melalui manusia sebaliknya ia berpunca daripada kuman dalam air.
“Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana penyakit ini boleh sembuh jika dirawat atau dikesan lebih awal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) peringkat negeri di Dewan Perbandaran Tikam Batu, dekat sini hari ini.
Menurut Dr. Marzukhi, leptospirosis adalah penyakit yang berpunca daripada kuman atau bakteria berbentuk lingkaran (spiral shape) dan ia jarang berlaku di negara ini.
--------------
respon : penyakit akhir zaman...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan