Mohd Nor Yahya |
LOJING (Gua Musang), 4 Ogos: Tanah Tinggi Lojing yang terkenal dengan kawasan hawa sederhana sejuk mulai esok akan dikenali sebagai Jajahan Kecil Lojing. Kawasan ini yang terletak berhampiran Cameron Highlands juga terkenal dengan tanaman sayur-sayuran. Kini semakin pesat membangun selepas siapnya jalan raya timur barat kedua menghubungkan Simpang Pulai, Perak dengan Gua Musang. Kawasan berkenaan juga sekarang terdapat Pejabat Tanah dan Jajahan baru, pejabat Jabatan Perhutanan dan beberapa lagi pejabat milik agensi lain. Kalau sebelum ini untuk sampai ke Lojing perlu melalui Tapah, Perak dan Cameron Highlands, Pahang terlebih dahulu sehingga mengambil masa sehari. Namun sekarang perjalanannya ke Lojing kira-kira dua jam dari bandar Gua Musang. Esok satu sejarah akan tercatat apabila Lojing akan diisytiharkan sebagai jajahan kecil oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dengan adanya lebih banyak pejabat kerajaan di Lojing, pembangunan tanah di kawasan ini diharap lebih terkawal. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, Ogos 04, 2010
Lojing Kelantan jadi Jajahan Kecil Lojing! Tahniah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan