Percubaan pertama untuk aku buat ulasan berkaitan iklan yang disiarkan di TV Malaysia. Memandangkan sebelum ini aku suka cakap belakang tentang iklan-iklan ini semua, apalah gunanya kan. Lebih baik aku kongsikan bersama ulasan tersebut. Yang pasti ulasan ini tidak berbayar dan aku ulas mengikut kreativiti otak aku ler…haha.
Mangsa pertama, iklan Semburan Deodoran AXE yang kini sudah masuk pasaran Malaysia. Dari mana asalnya tidak pula diketahui, aku tidak sempat nak buat research lagi.
Saksikan video iklan di atas untuk mengetahui cerita sebenar iklan deodoran ini.
Ulasan aku akan diselang-selikan dengan gambar yang aku rekodkan dari iklan tersebut. Dengan gambar barulah penerangan itu jelas dan terang untuk disampaikan. Aku faham, yang membaca pun faham juga. Sama-samalah kita memahami antara satu sama lain.
Iklan produk untuk pasaran Malaysia, apalah salahnya pakai pelakon atau orang Malaysia. Ini tidak, pakai pelakon Indonesia. Pastu nanti bising ler “pejuang-pejuang” industri kononnya banyak sangat unsur-unsur dari seberang masuk Malaysia sedangkan dengan jelas dilepaskan tanpa syarat unsur-unsur luar masuk. Jangan ingat unsur-unsur dalam muzik, drama dan filem sahaja tapi iklan kalau banyak unsur dari seberang sama juga hasilnya. Cakap tak serupa bikin, inilah hasilnya.
Tengok tu, ketap-ketap bibir lagi tau sebab geram sangat kot dengan mamat hensem tu. Cuba korang tengok betapa kuatnya kuasa ketiak yang harum baunya. So apa tunggu lagi, pastikan ketiak korang semua tidak berbau lagi. Bawak semburan deodoran ini kemana jua, simpan dalam poket buat macam keperluan harian yang lain, kalau susah-susah gantung jer kat leher…hehe.
Tengok tu, nombor telefon diberikan tanpa diminta. Kuasa ketiak harum telah meninggalkan kesan yang sangat hebat. Tapi aku pelik gak, tu sandwich apa ek? Sayur jer keseluruhannya. Ah aku peduli apa, dah yang dikatakan iklan kompom banyak yang tak logiknya dari logik, janji barang habis terjual.
Tengok tu, senyum sampai ke telinga. Awek cun dah dapat dengan bermodalkan ketiak harum jer…haha.
Jangan lupa call yer. Wow awek cun camni tak kan ler nak lepaskan. Tips ke henseman yang patut diambil iktibar di sini ialah, pastikan ketiak anda sentiasa harum semerbak kerana anda tidak akan menduga hasilnya amatlah berbaloi-baloi…haha
Sekian, cubaan pertama ulasan iklan dari Ejam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan