Rabu, Ogos 04, 2010

Bekas Adun , Dato Abdul Aziz Mohd Nor dan Pembantu Peribadi Mati Ditembak. Gambar Ori dari lokasi Oleh Wartawan http://ondscene.blogspot.com!

http://ondscene.blogspot.com

KM455-7
Lebuhraya Plus
arah Utara
selepas Restoran Jejantas Sg Buloh
3 Ogos 2010
11 pagi

Kejadian ini dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi.
Saya menerima maklumat kes ini kira-kira jam 11-10 pagi dari seorang rakan yang kebetulan melalui laluan di sebelah dan ternampak sebuah kereta tersadai di laluan paling kanan.
Bagaimanapun menurutnya, tidak pasti adakah ianya kemalangan maut kerana impaknya tidak banyak/besar.
Setelah membuat beberapa semakan, akhirnya, setengah jam kemudian baru saya dimaklumkan, ia adalah kemalangan maut.
Setelah tiba di lokasi, saya merasa agak pelik kerana impak yang kecil sebegitu boleh membawa maut kepada kedua-dua pemandu dan penumpangnya.
Persoalan mula timbul adakah ianya berkaitan dengan kes jenayah atau sebaliknya.

Ia membabitkan bekas Adun Permatang, Dato ABdul Aziz Mohd Nor , 63 tahun ditemui maut di dalam Toyota Caldinanya.

Seorang wanita, Siti Rohana Ismat, 43 tahun, yang juga dipercayai pembantu peribadinya, juga ditemui maut di dalam kenderaan ini.

Terdapat dua kesan tembakan pada kepala mangsa.

Kereta ini ditemui terbabas dan merempuh besi pembahagi lebuhraya.

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Bedah siasat sedang dilakukan dan punca sebenar kematian akan diketahui.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis revolver di dalam kereta ini bersama lesen memiliki senjatapi dan peluru

Pistol ini disahkan milik Dato Abdul Aziz.

Dato Abdul Aziz sebelum ini mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008.

Pilihan raya umum ke-12 yang lalu, arwah digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.


Abdul Aziz meninggalkan seorang isteri, Siti Fatimah Md Noor dan 3 anak - Pensyarah Unimas, Nor Azila 40, pensyarah Unisel Nor Azian 37 dan Exco Pemuda UMNO, Mohd ANis Hashim, 33.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas Isyak malam ini.

Selepas selesai proses bedah siasat, jenazah di bawa keluar jam 5-30 petang tadi.

Dua das tembakan mengenainya, dengan sekurang-kurang,satu darinya mengenai kepalanya.

ABdul Aziz merupakan bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan menjadi Adun Permatang, Kuala Selangor dari 2004-2008.

Manakala jenazah Siti Rohana Ismat dibawa keluar dari bilik jam selepas selesai bedah siasat kira-kira jam 6-50 petang tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 7, Sg Gulang-gulang, Tanjung Karang.

Siti Rohana yang juga merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tg Karang,terkena satu tembakan di kepala.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

Siasatan turut dilakukan samada kes membabitkan bunuh dan bunuh diri.

Tiada ulasan: