Jumaat, Ogos 06, 2010

Banjir di Pasir Putih, Tawau : Sumbangan Pas Kawasan Tawau melalui Lujnah Kebajikan, Dewan Pemuda Pas Tawau..


*gambar di depan Pasti Pasir Putih yang dilanda banjir.. 
Petang kelmarin Khamis 5/8/2010, difahamkan Ketua, Timb Ketua Pemuda, S/U Pemuda Kawasan serta AJK Pemuda turun menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir khasnya pelajar Pasti yang terlibat.. Bergerak dari rumah ke rumah, sumbangan diserahkan ke tangan yang hak...

  
Suasana dalam Pasti Pasir Putih yang dilanda banjir yang naik hingga separuh tingkat atas..
 

Sdr Darwis dan isteri Cikgu Sajra bersiap sedia ke rumah terakhir / rumah ke 10 dalam Ops Banjir pada petang kelmarin

Kesan bajir jelas terlihat... air naik di kawasan ini hingga (minima) ke separuh tingkat atas bahkan ada yang sampai ke bumbung..

  
Longgokan barangan yang musnah di sana sini.. syukur jambatan masih utuh 

  
Gambar diambil dari rumah Kak Erna, penjaga atau ibu kepada adik Nurul Yasin mangsa banjir..
* orang rumah dan anak-anak turut bersama saya, berkongsi musibah di sini... 

  
Menceritakan detik-detik cemas, Kak ERNA (penerima sumbangan terakhir hari kelmarin) tabah dan bertambah berani...

  
Menyampaikan sumbangan b/p Dewan Pemuda Pas Tawau wang RM kepada Kak Erna dan keluarga.. kiri - anak perempuan yang hampir maut dalam kejadian tersebut.. 

  
Cikgu Sajra, cukup akrab dengan ibubapa pelajar di sini.,. 

  
Kanan- adik Nurul Yasin, teruji dan seringkali mengingatkan ibunya semasa bencana itu agar ingat Allah... anak bertuah!

  
Tikar getah, antara bahan berharga yang kini tersadai dalam air lumpur...

  
Mesin basuh yang dibawa arus.. rosak.. menjadi 'penunggu setia' di atas jambatan usang... 

 
Lumpur yang dibawa air kini mencecah hingga ke paras tingkap kaca rumah ini.. itulah yang berlaku saban masa jika banjir kuat.. tanah akan dibawa arus ke rumah-rumah.. ada baiknya.. mengukuhkan tiang rumah... ada negatifnya.. ia lambat kering..

Tiada ulasan: