Rabu, Ogos 11, 2010

Angin kencang di utara dijangka berterusan sehingga esok!

Angin kencang di utara dijangka berterusan sehingga esok

11/08/2010 12:47pm

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Angin kencang barat/barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Perlis, Langkawi, Kedah Utara dan Phuket (Thailand) dijangka berterusan sehingga esok.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Aktiviti ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat; dan daerah Mukah, Bintulu dan Miri di Sarawak pula dijangka berterusan sehingga petang ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 kilometer sejam serta laut bergelora dengan ombak setinggi 2.5 meter, dan ia berbahaya kepada bot-bot kecil. – Bernama

Tiada ulasan: